90965

Nikmati Masakan Padang Lazat di Melting Pot Cafe! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Melting Pot Café menawarkan sajian tradisi Nasi Padang dari sekarang sehingga 30hb November 2018. Nikmati kelazatan hidangan yang disediakan oleh Chef Rogayah Sharif dan Chef Azizah Abdul Malik.

Padang adalah tempat asal orang Minangkabau di daerah Sumatera Barat, Indonesia. Masakan Padang adalah antara makanan terkenal di Asia Tenggara termasuk Singapura. Masakan Padang terkenal dengan rasanya yang kaya dengan santan dan kepedasan cili. Perbezaan di antara masakan Padang dan Melayu terletak pada cara penyediaan lauk Padang tersebut, namun terdapat satu atau dua bahan yang berbeza digunakan dalam masakan Padang yang memberikan rasa, tekstur dan aroma yang tersendiri.

Diantara hidangan wajib masakan Padang adalah ayam pop, dendeng, kalio ayam, cumi balado, sup tulang rusuk, lau-ak taucho ikan, sambal udang petai, gulai jariang pucuk ubi, taruang balado dan gulai sayur kapau. Terdapat juga lauk-pauk yang lain seperti anyang pucuk paku, gado-gado, uwok pucuk ubi, rendang daging, sup ekor dan gulai ikan lado api. Godok batinta, kolak pisang, badak berendam, onde-onde dan bubur pulut hitam adalah antara pemanis mulut yang harus dicuba.

Jom singgah dan nikmati kelazatan sajian Padang! Terdapat persembahan secara langsung oleh kumpulan Begema 5. Chef menyediakan 3 set bufet yang berbeza. Harga buffet adalah RM110.00 bersih seorang (termasuk hidangan tempatan dan antarabangsa).

Untuk tempahan, sila hubungi Melting Pot Café di 2717 2233.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!