90414

One Farrer Hotel : Hotel Mewah Berseni di Singapura - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tersergam indah di kawasan Farrer Park Singapura, One Farrer Hotel merupakan sebuah hotel lima bintang yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya. Sebagai salah satu hotel persendirian tersohor di negara tersebut, hotel ini berjaya membuktikan yang mereka mampu mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya.

Terletak tidak jauh daripada pusat bandaraya Singapura, hotel ini mudah ditujui kerana berada betul-betul di atas stesen Farrer Park . Cuma beberapa langkah sahaja dari stesen MRT tadi sudah cukup untuk sampai ke perkarangan pintu masuk hotel. Diperhebatkan lagi dengan rekaan bangunan hotelnya yang sangat unik, pasti ramai yang tidak akan melepaskan pandangan senireka dalaman hotel berprestij ini.

Dengan ratusan bilik yang dihias secara mewah dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan pemandangan bandaraya Singapura dengan penuh gah. Ia juga memounyai penginapan berbentuk pangsapuri, bilik dua tingkat dan juga bilik khas dengan nama ‘Sky Villa’.

Seperti kebanyakan hotel yang mempunyai bilik-bilik tingkat kelab dan premier, para tetamu di bilik-bilik tersebut juga mempunyai kemudahan untuk melakukan daftar masuk dan keluar peribadi (personalised check-in and check -out) selain lounge khas buat sarapan dan juga koktel petang. Bilik-biliknya dihias mengikut gaya senireka dalaman terkini dan mempunyai kemudahan wi-fi buat tamu yang ingin melayari internet.

Hotel ini juga mempunyai sebuah gimnasium, sebuah kolam renang dan juga sebuah spa serta mandian umum berasingan iaitu ‘onsen’ seperti di Jepun untuk lelaki dan perempuan.

Ini diserikan lagi dengan beberapa tempat untuk menjamu selera seperti Escape Restaurant and Lounge dan paling istimewa daging ayam dan lembu yang disajikan di restoran mereka adalah Halal. Tidak ketinggalan mereka juga mempunyai kebun kecil mereka sendiri di mana, hasilnya digunakan untuk ramuan masakan di dapur mereka. Kawasan kebun terbuka ini juga sering dijadikan tempat penganjuran acara buat mereka yang inginkan kelainan.

Ia juga mempunyai bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar dan juga dewan utama untuk mengadakan majlis besar-besaran seperti perkahwinan, pameran dan seumpamanya.

Sekiranya anda tercari-cari hotel yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik, singgahlah di One Farrer Hotel di Singapura kerana ia benar-benar kemewahan yang mudah dikecapi!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!