73312

One World Hotel : Penginapan Mewah di Sebelah Stesen MRT! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Dewasa kini, kita sering terperangkap dengan tanggungjawab kerja serta tugasan sehingga kadang-kadang waktu untuk membeli-belah dan mencuba tempat-tempat makan terbaik di ibukota sendiri pun tiada.

Walau bagaimanapun kalau kita sebenarnya sanggup, boleh saja mencuba bermalam di kota tapi bukan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Sebagai contoh, kawasan Petaling Jaya yang kurang kesesakannya berbanding ibunegara Malaysia. Satu atau dua malam sahaja sudah cukup untuk menikmati kemudahan moden yang tersedia di bandar ini. Dan di manakah tempat paling sesuai untuk bermalam di PJ kalau bukan di One World Hotel, di Bandar Utama.

reception-area

Seperti namanya yang jelas bermaksud ‘satu dunia’, hotel bertaraf lima bintang ini menawarkan gaya hidup eksklusif buat setiap para pengunjungnya. Ia tersergam indah di tengah-tengah kawasan pusat Bandar Utama iaitu bersebelahan bangunan-bangunan syarikat penting seperti Sri Pentas milik Media Prima dan bangunan IBM. Ia juga benar-benar bersebelahan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Dan dengan pembukaan pengangkutan awam terbaru negara iaitu MRT atau Transit Aliran Massa, sebuah stesen bernama Bandar Utama telahpun siap dibina di sebelah hotel mewah ini. Lantas, ia terlalu mudah ditujui jika ada yang ingin ke hotel ini dengan menaiki pengangkutan awam selain kereta, bas dan teksi.

Lokasi strategiknya yang bercantum dengan One Utama, pusat membeli-belah terbesar di Malaysia dan salah satu yang terbaik di dunia (dan ini diakui oleh CNN!), memudahkan perjalanan ke pusat membeli-belah tersebut. Kedudukan hotel ini turut menepati citarasa ramai pelancong dari dalam dan luar negara.

Tidak lupa juga ia sangat berdekatan dengan jalan ke kawasan komersial Mutiara Damansara di mana terletaknya The Curve dan IKEA (yang juga boleh dikunjungi dengan menaiki MRT). Malah The Curve dan IKEA hanyalah satu stesen sahaja dari stesen Bandar Utama di sebelah hotel ini.

whatsapp-image-2017-09-05-at-4-57-18-pm

Hotel yang menyediakan 438 buah bilik ini menampilkan suasana yang indah serta selesa buat para pengunjung. Ini termasuklah suite-suite mewah untuk mereka yang mahukan keistimewaan. Dilengkapi dengan, pusat kesihatan serta spa, dan sudah tentunya sebuah kolam renang yang hebat, hotel ini dikatakan memenuhi setiap kehendak penghuninya. Beberapa bilik-bilik suite eksekutif di hotel ini juga mempunyai kerusi urutnya sendiri!

Ditambah pula dengan kemudahan lain seperti ruang-ruang mesyuarat dan dewan, hotel ini mampu menampung acara-acara tertentu. Tidak lupa juga, terdapat bilik-bilik khas bagi mereka yang menginap di bilik-bilik Executive dan Premier . Buat yang bermalam di bilik-bilik ini, mereka diberi keutamaan untuk mendaftar masuk di Peridot Club Lounge tanpa perlu mendaftar di meja penyambut tetamu yang biasa. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh bersarapan, makan tengah hari serta menikmati makan malam di Lounge tersebut yang lebih eksklusif dan peribadi. Selain itu juga mereka diberi peluang untuk menikmati minum petang di situ.

peridot-club

Hotel ini turut menyajikan hidangan terbaik di restoran-restoran terkemuka mereka yang terkenal di sekitar Kuala Lumpur. Ini termasuklah Cinnamon Coffee House, restoran Jepun Kura, Restoran Cina Zuan Yuan, dan beberapa tempat makan lagi. Tidak kira sajian Asia atau barat, semuanya ada di One World. Malah menurut kami di Suria, pilihan sajian buffet di Cinnamon Coffee House hotel ini barangkali antara yang terbaik di Malaysia. Ini kerana pilihannya begitu banyak dan benar-benar menyelerakan!

zuan-yuan-chinese-restaurant

whatsapp-image-2017-09-05-at-5-00-23-pm

whatsapp-image-2017-09-05-at-5-00-24-pm-1

whatsapp-image-2017-09-05-at-5-00-24-pm

Buat yang suka berhibur dan bersantai pula, One World menampilkan Long Bar, yang sering mewarnai malam pengunjungnya dengan kehadiran DJ-DJ, serta kumpulan-kumpulan kugiran terkemuka. Ia juga menampilkan menu sajian enak dari barat yang bersesuaian dengan konsep seni reka dalamannya.

Jadi buat anda yang tidak pernah terfikir untuk mencuba bermalam di PJ, ini mungkin masanya. Dengan kemudahan pengangkutan awam MRT serta pusat membeli-belah di setiap penjuru sebaik sahaja anda melangkah keluar, One World Hotel pasti pilihan yang bijaksana.

Untuk lebih banyak ulasan hotel dan destinasi pelancongan, klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!