73211

Pasta Gabungan Dakwat Hitam Sotong dan Sambal di The Artisan Food Trail - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

 

fusion-black-ink-squid-pasta-2

Dewasa kini semakin ramai tukang masak tempatan yang bijak menggabungkan unsur-unsur masakan Melayu tradisional dengan sajian antarabangsa. Terbaru, Puan Adilah Ahmad-Sainer , pemilik Restoran The Artisan Food Trail di ibukota tampil berani dengan aneka hidangan baratnya yang menggabungkan ramuan tradisional Melayu seperti sambal dan petai bersama menu-menu ruji barat umpama pasta serta kentang.

whatsapp-image-2017-04-14-at-3-30-04-pm-1
Dan sajian yang paling digemari oleh para pelanggan restorannya adalah Fusion Black Ink Squid Pasta yang merupakan Pasta Gabungan Dakwat Hitam Sotong. Ia bukan calang-calang sajian kerana resipi asli ciptaan Puan Adilah ini menggunakan sambal khas ciptaannya sendiri.

whatsapp-image-2017-04-14-at-3-37-30-pm

Malah sambal khas inilah permulaan Adilah dalam dunia penyediaan makanan kala dia mencipta dan menjenamakan rangkaian sambalnya sebagai Dapur Sainer’s ’Chilli Oil’. Cetusan rasa yang lahir dari gabungan sambal serta pasta dalam dakwat hitam sotong ini benar-benar unik dan jarang ditemui di Malaysia. Rasanya yang sangat menyelerakan pasti bakal mengundang pelanggan untuk datang berkali-kali mencubanya.

interior-4

Selain pasta sotong ini, terdapat juga sajian unik lain seperti Fettuccine in Smokin’ Creamy Sauce, Penne Prawn Pesto, Pan Grilled Oregano Lamb dan banyak lagi. Dan oleh kerana kebanyakan sajian di sini menggunakan sambal khas Dapur Sainer, sambalnya mempunyai kategori dari kurang pedas sehinggalah yang paling pedas iaitu Not So Spicy Sauce, Quite Spicy Sauce serta Fiery Hot Sauce.

chef-adilah-ahmad-sainer

Memulakan kerjayanya dalam bidang perbankan, Adilah kemudian menukar aliran profesionalnya untuk menjadi seorang pramugari buat sebuah syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa. Sesudah itu beliau kembali ke dunia korporat dalam bidang teknologi maklumat sebagai seorang pengurus besar. Namun setelah lama bekerja, beliau menyedari yang beliau memang suka memasak dan mempunyai cinta yang mendalam terhadap dunia penyediaan makanan. Lantas Adilah mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya tetapnya dan menumpukan sepenuh perhatiannya kepada Dapur Sainer’s Chilli Oil.

whatsapp-image-2017-04-14-at-3-30-04-pm-5

Di samping sajian barat, Adilah turut menyediakan makanan asli Melayu dan Cina seperti Masak Lemak Kayu Tempoyak, Daging Goreng Kunyit, Masak Asam Pedas Tenggiri dan banyak lagi.
Dibuka pada September 2016, TAFT atau The Artisan Food Trail terletak di tingkat satu, bangunan M-City di Jalan Ampang dan dibuka setiap Selasa hingga Ahad dari jam 11.30 pagi sampai 10malam.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!