Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia Bahagian Selangor atau The Malaysian Association of Tour and Travel Agents Selangor Chapter (MATTA Selangor) bersama-sama dengan Malaysia Agro Exposition Park (Maeps), Serdang, Selangor bakal mengadakan Karnival MATTA Fair Selangor pada 27 – 29 Julai 2018.

Ia bukan sahaja sebuah karnival tetapi juga sebuah acara untuk seisi keluarga. Selain daripada pelbagai tawaran pelancongan menarik, terdapat juga aneka aktiviti lain serta makanan lazat dari ajnas trak -trak makanan.

Malah dengan setiap pembelian sebanyak RM300 para pengunjung berhak menyertai pertandingan pembeli yang menawarkan bermacam-macam hadiah lumayan. Ini termasuk tiket penerbangan kelas perniagaan ke Saigon, Vietnam tajaan syarikat penerbangan rasmi, Penerbangan Malaysia. Hadiah lain termasuk tiket kapal terbang ke destinasi antarabangsa dan domestik sumbangan Firefly, Malindo, KLM, Thai Airways dan Turkish Airlines yang menanti para pembeli bertuah.

Lebih menarik lagi taman tema kanak-kanak, KidZania di Petaling Jaya juga menawarkan 50 tiket masuk untuk pertandingan para pembeli. Temui juga Maskot rasmi di MATTA Fair Selangor Carnival 2018.

Beberapa karnival anjuran MATTA Selangor turut menyediakan makanan percuma untuk 1000 pelawat pertama yang hadir selain pertandingan ‘busking’, penampilan badut, aneka permainan dan macam-macam lagi.

Terdapat juga penampilan khas Miss Universe Jepun 2018, Yuumi Kato serta persembahan oleh Badan Pelancongan Selangor serta Legoland Malaysia sepanjang karnival tiga hari.

MATTA Selangor menjangkakan jumlah pengunjung yang ramai di kompleks MAEPS, apatah lagi dengan tempat letak kereta percuma.

Suria juga berbangga menjadi radio rasmi untuk acara meriah ini.

Untuk maklumat lanjut layari laman rasmi Facebook MATTA Fair, Matta Selangor dan Instagram @Matta_selangor untuk perkembangan terkini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!