86097

Tarikan Hotel Burasari Heritage Luang Prabang - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tahun ini, Laos telah melancarkan ‘Tahun Melawat Laos’ dengan tujuan membawa pelancong-pelancong asing melihat keindahan budaya dan kecantikan semula jadi yang tersembunyi di Asia Tenggara. Dan salah sebuah bandar di Laos yang ingin diperkenalkan adalah Luang Prabang.

Tidak sukar mencari penginapan di kawasan Luang Prabang kerana terdapat banyak pilihan hotel dan hostel yang berada berdekatan dengan lokasi tarikan utama di sana. Salah sebuah hotel yang menjadi pilihan pelancong di Luang Prabang adalah Burasari Heritage Hotel.

Lokasinya yang terletak di tepi sungai yang tenang, konsep penginapan Burasari Heritage menggabungkan elemen klasik Perancis lama dengan senibina asli rumah-rumah kayu jati tradisional Laos.

 

Mempunyai 4 jenis bilik, bilik-bilik yang ditawarkan sememangnya luas dan dihiasi dekorasi serta tekstil bertemakan Indo-China-Perancis yang memberi peluang kepada anda untuk menikmati pengalaman seperti berada di zaman IndoChina klasik. Yang lebih unik, setiap bilik mempunyai bilik air yang berkonsepkan ‘open shower’ dan keunikkan itulah yang membuatkan bilik anda kelihatan wow!

Tidak seperti hotel-hotel yang lain, Burasari Heritage mengunakan bahan organik seperti sari kelapa di dalam setiap barangan keperluan asas seperti shampoo, sabun mandi dan losyen.

Buat mereka yang hanya ingin berehat di dalam bilik, anda boleh menggunakan kemudahan seperti minibar dan televisyen yang mempunyai lebih kurang 50 siaran TV termasuk siaran TV tempatan dan luar negara seperti AXN, Cartoon Network, HBO, KBS World dan banyak lagi.

Burasari Heritage merupakan salah satu penginapan di Luang Prabang yang mendapat beribu ulasan yang memuji kehebatan servis mereka. Antara servis yang ditawarkan adalah ‘airport transfer’ yang menggunakan kereta antik jenis Mercedes Benz. Ini merupakan antara servis istimewa hanya daripada Burasari Heritage hotel sahaja.

Tetamu yang baru tiba akan dihidangkan dengan minuman selamat datang dan tuala basah beraroma pudina. Malah, urutan badan selama 2 minit juga disediakan bagi menyegarkan tubuh badan setelah berada di dalam kapal terbang lebih daripada 3 jam.

Tetamu juga diberikan penerangan secara terperinci mengenai penginapan di sini dan kit panduan penginapan yang mempunyai kad alamat penginapan (boleh digunakan andai tersesat jalan), kupon urutan bahu dan kepala selama 15 minit, kata laluan wifi dan juga peta tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar kawasan Burasari Heritage Hotel.

Burasari Heritage turut menawarkan dua pilihan perkhidmatan kenderaan iaitu Tuk-Tuk atau van untuk ke tempat-tempat lawatan seperti Kuang Si Waterfall, kem pemuliharaan gajah (Elephant Sanctuary and Resort) dan banyak lagi.

Kedudukannya hotel ini juga berdekatan dengan beberapa tempat tarikan utama antaranya Muzium Kebangsaan, Istana Diraja, Gunung Phousi, Kuil Emas, Jambatan Buloh yang boleh diakses dengan hanya berjalan kaki ataupun menaiki basikal. Jangan risau, hotel ini turut menyediakan servis basikal yang boleh dipinjam secara percuma.

Jangan lupa untuk mencuba perkhidmatan Spa di Burasari Heritage kerana spa ini merupakan lokasi spa pilihan nombor 1 di Luang Prabang menurut laman TripAdvisor.

Sekiranya anda membuat tempahan melalui atas talian seperti booking.com dan Traveloka, anda akan ditawarkan beberapa pilihan untuk merasai pengalaman seperti warga tempatan secara percuma seperti kelas memasak, melibatkan diri dalam upacara pemberian sedekah ‘Tak Bat’ atau minuman koktail di The Terrace.

Cawangan hotel Burasari Heritage juga boleh didapati di Phuket dan Bangkok Thailand. Anda boleh melayari laman sesawang www.burasarigroup.com untuk membuat semakan pilihan yang sedia ada.

Menangi baucar penginapan 3 hari 2 malam di Burasari Heritage, Luang Prabang dengan hanya menjawab soalan di bawah.

1. Apakah laman web rasmi Suria?

2. Lengkapkan slogan dibawah

Saya ingin ke Luang Prabang kerana ________________ (tidak melebihi 50 patah perkataan)

DM kan jawapan anda ke Instagram @SuriaMalaysia sekarang!
Tarikh tamat peraduan adalah pada 1 Mei 2018.

 

Artikel Sumbangan : Fatin Nur Sofia

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!