73212

Pendapat Sebenar Wanita Tentang Iklan Tuala Wanita - Suria FM - Segalanya Hiburan

libresse-lets-get-real-1

Hey para wanita! Adakah iklan tuala wanita yang pernah anda tonton di TV menggambarkan keadaan sebenar semasa anda datang bulan? Masihkah anda ingat iklan-iklan di mana wanita sedang mengalami haid berketawa, menari gembira, membuat aktiviti-aktiviti lasak, bangun pagi dengan ceria, kesemuanya dalam pakaian berwarna putih? Pernahkan anda bertanya samada kelakuan tersebut realistik bagi seseorang yang mengalami haid?

Baru-baru ini barangan penjagaan wanita berjenama Libresse® melancarkan kempen ‘Let’s Get Real’ untuk meningkatkan kesedaran dan mencetuskan pemikiran wanita untuk berfikir semula, apakah yang digambarkan sebagai “realiti” dalam iklan tuala wanita serta pengalaman haid mereka. Kempen ini juga membuka ruang untuk melenyapkan mitos bahawa haid adalah topik yang tabu. Libresse mengambil inisiatif untuk menjana Beberapa siri undian dalam talian, yang telah menarik lebih daripada 5,000 responden, menonjolkan pandangan telus pengguna yang mengakui adanya cabaran dan kesukaran yang dihadapi oleh wanita semasa haid. Daripada keputusan ini, kempen ini dapat gambaran yang jelas dan lebih realistik yang dilalui oleh wanita, dan merentas jalan untuk komunikasi yang lebih relevan.

Setiap wanita mempunyai cerita tersendiri tentang pengalaman haid, dan ia jauh berbeza dengan apa yang digambarkan. Sebenarnya, sembilan daripada 10 responden merasakan bahawa kebanyakan iklan tuala wanita tidak tepat. Tetapi, jika iklan tersebut tidak realistik, apakah yang dikatakan realistik?

Wanita mengalami gangguan emosi serta ketidakselesaan fizikal dan tiga-tiga gejala utama tersenarai adalah – perubahan emosi mendadak, kekejangan, dan kembung perut. “Setiap wanita mengalami pengalaman tersendiri semasa haid – sementara sesetengah wanita tidak terjejas lansung, kebanyakan wanita mengalami sesuatu. Jadi ia lebih elok sekiranya iklan lebih relevan. Apabila kita berasa penat, sakit dan mengalami kekejangan serta tidak lena tidur, takkan kita berasa ceria dan bertenaga,” kata selebriti jemputan istimewa Adibah Noor. “Walaupun kita tidak membiarkan ia menjadi halangan, tetapi waktu kedatangan haid memang tidak seronok. Jadi kenapa ia mesti digambarkan sebegitu?”

libresse-lets-get-real-2

Vlogger popular Shazreen Fazlynda bersetuju – “Saya tidak pernah mempersoalkan iklan barangan penjagaan wanita sebelum ini, tetapi sekarang setelah bermula memahami, saya sedar bahawa apa yang dipaparkan jauh berbeza dengan realiti. Sebagai seorang ibu, saya selalu mengejar masa di antara sesi pengambaran dan mesyuarat sambil membawa bayi setiap hari, walaupun sedang mengalami kekejangan atau kepenatan.” Tergerak dengan usaha meningkatkan kesedaran tentang gambaran tidak tepat mengenai haid, Shazreen telah menghasilkan sebuah video yang disasarkan untuk menghidupkan mesej ‘Let’s Get Real’. Video ini boleh dilihat di saluran YouTubenya serta di laman Facebook Libresse® Malaysia.

Tetapi, kehidupan mesti diteruskan… wanita tidak membenarkan pengalaman haid menganggu tanggungjawab mereka – tujuh daripada 10 wanita bersambung dengan kejadian seharian seperti biasa dan membuat sebaik mungkin, tidak kira ia mencabar atau tidak. Dan rata-rata majoriti wanita tidak melakukan apa yang dipaparkan dalam iklan.

Sebagai contoh, Petrina Thong, seorang wanita Malaysia berusia 29 tahun yang memulakan pengembaraan seorang dirinya selama 13 bulan merentasi 22 negara dengan hanya RM800 berkata, “Saya memang percaya dalam persoalan dan pemecahan kelaziman, dan usaha Libresse untuk meningkatkan kesedaran tentang iklan tuala wanita amat mengagumkan – kita patut berfikir semula terhadap pengiklanan haid dan menyedari samada ia adalah realistik atau tidak.”

Walaupun wanita mengetahui bagaimana mengatasi ketidakselesaan semasa haid, sembilan daripada 10 wanita bersetuju bahawa iklan tuala wanita perlulah lebih realistik!

Apakah pendapat anda tentang iklan tuala wanita? Adakah anda rasa perkara sebenar patut ditunjukkan sewaktu mengalami haid? Apakah yang sebenarnya anda rasai ketika melalui waktu tersebut? Kongsi mesej anda dengan wanita lain di www.facebook.com/LibresseMalaysia

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!