90396

Penerbangan Menyenangkan Bersama Malindo Air - Suria FM - Segalanya Hiburan

Zaman sekarang, semakin banyak syarikat penerbangan yang mula wujud di rantau ini. Semestinya, kesemua syarikat penerbangan ini berlumba-lumba untuk memberikan perkhidmatan terbaik.

Salah satu daripadanya adalah Malindo Air. Bagi yang kurang tahu, Malindo Air merupakan sebuah syarikat yang lahir daripada hasil kerjasama dua negara iaitu Malaysia dan juga Indonesia. Selain itu syarikat penerbangan ini memberi tumpuan kepada penerbangan serantau dan juga jarak jauh pada harga yang sangat berpatutan.

Mula berterbangan pada bulan Mac 2013, ia beroperasi dari dua buah lapangan terbang utama di Malaysia iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan juga Subang Skypark atau Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya, Selangor. Walau bagaimanapun, dari lapangan terbang di Subang, hanya pesawat berbentuk ATR sahaja yang digunakan kerana lapangan terbang ini hanya melayani jarak yang lebih dekat.

Pengalaman menaiki penerbangan Malindo Air memang selesa dan menyeronokkan. Selain layanan ramah mesra anak-anak kapalnya, Malindo Air juga menawarkan pilihan makanan yang lazat serta halal.

Sambil menikmati hidangan yang lazat, para penumpang juga boleh membaca majalah MalindoMag yang banyak berkongsi info menarik tentang destinasi-destinasi pelancongan serta perkembangan gaya hidup yang lain.

Selain itu, Malindo Air juga menyediakan perkhidmatan hiburan dalam penerbangan (in-flight entertainment) Boeing mereka untuk memecah kebosanan penumpang yang mungkin berada dalam penerbangan jarak jauh pada tempoh yang agak lama. Selain pelbagai filem dan rancangan TV, terdapat juga aneka permainan yang boleh dicuba dalam sistem hiburan audio-visual yang tersedia dalam pesawat.

Mereka juga menjual barangan bebas cukai di dalam pesawat. Lebih menarik lagi, hidangan yang disajikan di dalam penerbangan pesawat Boeing mereka adalah percuma. Malah perkhidmatan bagasi asas juga adalah percuma dan penumpang tidak dikenakan sebarang bayaran untuk sebarang bagasi mengikut jarak destinasi. Secara umum setiap penerbangan kelas ekonomi yang menggunakan pesawat Boeing mendapat bagasi sebanyak 25kg manakala penerbangan ATR mendapat peruntukan bagasi asas sebanyak 15kg.

Ini membezakan Malindo Air dengan banyak syarikat penerbangan lain dan meletakkannya sebagai sebuah syarikat penerbangan premium dan bukan tambang rendah.

Malindo Air juga menawarkan penerbangan langsung ke bermacam destinasi menarik sekitar Asia Pasifik.

Jadi sekiranya anda tercari-cari penerbangan premium pada harga yang berpatutan dan penuh keselesaan untuk percutian seterusnya, cubalah Malindo Air, anda pasti akan menyukainya!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!