73346

Penerbangan Selesa Dengan Scoot - Suria FM - Segalanya Hiburan

copy-of-001

Dewasa kini, memang banyak syarikat penerbangan tambang rendah yang mula wujud di rantau ini. Semestinya, kesemua syarikat penerbangan ini berlumba-lumba untuk memberikan perkhidmatan terbaik.

Salah satu daripadanya adalah Scoot. Bagi yang kurang tahu, Scoot adalah anak syarikat Kumpulan Singapore Airlines yang memberi tumpuan kepada penerbangan tambang rendah serantau dan juga jarak jauh.

whatsapp-image-2017-10-17-at-2-01-24-pm-1

Mula berterbangan pada Jun 2012, ia kemudian bergabung dengan Tigerair Singapore pada Julai 2017.

Suria diberi peluang untuk mengalami sendiri perkhidmatan yang ditawarkan oleh Scoot baru-baru ini sewaktu ke Singapura untuk membuat liputan Anugerah Planet Muzik 2017.

Pengalaman menaiki penerbangan Scoot memang selesa dan menyeronokkan.

 

whatsapp-image-2017-10-17-at-2-01-26-pm

Selain layanan ramah mesra anak-anak kapalnya, Scoot juga menawarkan pilihan makanan yang lazat serta halal.

whatsapp-image-2017-10-17-at-2-01-25-pm-3

whatsapp-image-2017-10-17-at-2-01-24-pm

Sambil menikmati hidangan yang lazat, para penumpang juga boleh membaca majalah Scoot yang banyak berkongsi info menarik tentang destinasi-destinasi pelancongan serta perkembangan gaya hidup yang lain.

whatsapp-image-2017-10-17-at-2-01-25-pm-2

Mereka juga menjual barangan bebas cukai di dalam katalog pesawat yang digelar Scootalogue. Lebih menarik lagi pesawat-pesawat Scoot memang luas kerana mereka menggunakan pesawat seperti Boeing 787 Dreamliner dan juga beberapa variasi Airbus.

whatsapp-image-2017-10-17-at-2-01-25-pm-4whatsapp-image-2017-10-17-at-2-01-25-pm-6

Scoot juga merupakan satu-satunya pesawat tambang rendah Asia Tenggara yang menawarkan penerbangan langsung dari Singapura ke Athens, di Greece, Eropah! Selain itu Scoot juga terbang ke banyak lagi destinasi menarik lain dan menghubungkan pelbagai negara sekitar Asia Pasifik dan tidak lama lagi Amerika Syarikat!

Jadi sekiranya anda tercari-cari penerbangan tambang rendah yang selesa dan penuh kemudahan untuk percutian seterusnya, cubalah Scoot, kami yakin anda akan menyukainya!

copy-of-25-july-2017-scoot-11

Warga Suria telah diterbangkan ke Singapura dari Kuala Lumpur oleh syarikat penerbangan Scoot.

Terima Kasih Scoot di atas kerjasama yang telah diberikan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!