87575

Pengalaman Baru di Dorsett Kuala Lumpur Bersempena Ulangtahun ke-20 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Terletak di dalam kawasan Segitiga Emas pusat bandaraya Malaysia, Dorsett Kuala Lumpur melambangkan hotel pertama di bawah jenama Dorsett Hospitality International di Malaysia dan juga merupakan hotel Dorsett paling awal di bawah kumpulan tersebut. Hotel kelas pertengahan itu dibuka pada April 1998 dengan 322 bilik termasuk 27 bilik suite, empat ruang serba-guna, sebuah gimnasium, dan Checkers Cafe yang merupakan tempat makan sepanjang hari selain Windows Lounge.

Sejajar dengan strategi perniagaan kumpulan syarikat dan bagi memenuhi kehendak pengembara masa kini yang jauh lebih pintar, Dorsett Kuala Lumpur telah melakukan program pengubahsuaian penuh pada Jun 2014 dan selesai pada tahun 2017 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM40 juta.

Lebih chic dan bergaya dengan penampilan yang lebih segar, kesemua bilik dan suite direka sambil memikirkan keselesaan para tamu yang menginap. Selain luas dan berfungsi dengan segala keperluan harian termasuk sambungan WiFi serta pilihan bantal-bantal terbaik untuk beristirehat dengan nyenyak, kesemua bilik dinaiktaraf dengan kos hampir RM100 ribu.

Ruangan menjamu selera hotel iaitu Checkers Cafe di tingkat satu telah diberikan pengubahsuaian lengkap dan kini tampil lebih anggun dengan sentuhan rona-rona emas dan hijau segar. Ruang makan juga lebih luas dengan pengudaraan yang baik serta cahaya matahari semulajadi menyelinap dari setiap penjuru. Kaunter buffet juga kini mempunyai lampu khas untuk menghidupkan suasana keseluruhan.

Windows Lounge pula yang terletak di lobi hotel diberi sentuhan yang lebih kontemporari dengan bar terbuka yang memudahkan interaksi di antara para tamu dan para pekerja yang menyediakan minuman. Dipenuhi dengan rona biru gelap berserta perabot yang mempunyai biasan warna emas, Windows Lounge menawarkan pengunjung pemandangan jalanan ibukota yang sibuk lewat jendela-jendelanya yang tinggi dan luas. Wajah baru Checkers Cafe dan Windows Lounge menelan belanja sebanyak RM4 juta.

Selain bilik-bilik tamu dan suite; empat ruang serba gunanya juga telah mengalami transformasi yang sangat komprehensif hingga menelan belanja jutaan ringgit untuk menyesuaikan dengan perkhidmatan hebat pihak hotel serta harapan para tamu. Dengan ruang tempat duduk sebanyak 200 orang (berkonsep teater) sehingga 150 orang (dengan meja makan), kesemua ruang serbaguna sesuai untuk seminar, latihan, mesyuarat, acara korporat sehinggalah majlis sosial dan perkahwinan berskala sederhana atau kecil termasuk upacara pendaftaran.

Pada 1 September 2017, Dorsett Kuala Lumpur telah menambah 52 lagi unit penginapan dalam bentuk kediaman dengan perkhidmatan atau ‘service unit’ di bawah nama Dorsett Residences Bukit Bintang. Sesuai untuk tetamu dan keluarga yang menginap dalam jangka masa yang lebih panjang di Kuala Lumpur, kediaman-kediaman ini menawarkan satu atau dua bilik tidur yang lengkap dengan perabot berserta dapur, ruang tamu, ruang makan, dan juga mesin cuci dan pengering. Untuk menempah unit-unit ini, para tamu yang berminat haruslah menginap sekurang-kurangnya tiga malam. Malah bakal ada 30 unit baru yang akan dibuka lagi pada Julai 2018 di Dorsett Residences Bukit Bintang.

Bersempena dengan ulangtahun ke-20, Dorsett Kuala Lumpur menampilkan beberapa tawaran menarik sepanjang tahun. Selepas sambutan Mac lalu, Jun ini menjanjikan lebih banyak perkara menarik. Antaranya anda boleh menikmati sepotong kek dan secawan kopi segar pada hanya RM20 sahaja. Dan untuk bulan Julai pula, ajaklah teman-teman anda dan nikmati minuman koktel serta moktel pada harga RM20 juga!

Dan untuk menyambut hari Kemerdekaan, Dorsett Kuala Lumpur menawarkan diskaun sebanyak 20% atas setiap pesanan ala-carte di Checkers Cafe, dan sah untuk makan di tempat sahaja. Tawaran ini berlangsung sepanjang bulan Ogos.

Untuk bulan September pula bagi menyambut pesta kuih bulan, para pengunjung boleh membeli lima kotak kuih bulan dan mendapat diskaun sebanyak RM20 untuk setiap kotak. Kuih bulan sesuai untuk dinikmati bersama keluarga atau sebagai hadiah buat kawan-kawan.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini layari http://www.dorsetthotels.com/malaysia/kualalumpur

Aatu ikuti www.facebook.com/dorsettkualalumpur
Untuk tempahan hubungi  +603 2716 1010 atau e-mel info.kualalumpur@dorsetthotels.com

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!