73317

Pengalaman Mewah di Westin Grande Sukhumvit, Bangkok - Suria FM - Segalanya Hiburan

wes1446ex-164794-day-shot-med

Tersergam di tengah-tengah bandaraya Bangkok, The Westin Grande Sukhumvit berdiri megah menghiasi latar belakang pusat kota Thailand. Berdekatan dengan pusat membeli-belah Terminal 21 serta stesen Skytrain BTS Asok dan stesen MRT bawah tanah Sukhumvit, hotel berjenama antarabangsa ini terus menjadi tumpuan mereka yang ingin bermalam dalam suasana mewah dan selesa.

wes1446lo-168468-lobby-med

Hotel ini merupakan pilihan terulung bagi penganjuran mesyuarat-mesyuarat terpenting di ibunegara Thailand ini. Sering menjadi tumpuan komuniti elit serta para profesional antarabangsa, hotel bertaraf lima bintang ini tersenarai sebagai salah satu hotel paling mewah di Bangkok.

wes1446gr-168461-deluxe-room-med

Hotel ini mempunyai 362 buah bilik yang luas termasuk beberapa bilik suite yang hebat. Kesemua bilik-biliknya diberi sentuhan gaya moden dan kontemporari bagi memenuhi keselesaan setiap tamu yang datang. Sejajar dengan tarafnya sebagai sebuah hotel lima bintang yang eksklusif, setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan teknologi tercanggih yang merangkumi TV LCD, dan macam-macam lagi. Kelengkapan bilik mandi juga menggunakan barangan berkualiti tinggi serta barangan berjenama mewah yang lain.

wes1446re-180992-seasonal-tastes-med

wes1446re-140195-kisso-dining-area-med

Bagi tujuan menjamu selera pula, Westin Grande Sukhumvit menawarkan ajnas pilihan untuk bersantap. Ini termasuklah restoran Seasonal Tastes: bagi tujuan sarapan, makan tengah hari dan makan malam, Restoran Kisso yang menyajikan makanan Jepun terbaik. Tidak dilupakan juga adalah Zest Bar & Terrace bagi mereka yang ingin menikmati minuman sambil bersantai dengan alunan muzik, serta Pool Bar yang terletak di kolam renang buat mereka yang ingin dikelilingi ketenangan berada berdekatan gimnasium untuk bersenam.

wes1446re-147495-zests-terrace-med

wes1446po-180995-swimming-pool-med

Untuk memanjakan diri, bolehlah singgah ke Vareena Spa, sebuah spa mewah yang menawarkan rawatan serta urutan asli Thailand yang memang terkenal seluruh dunia.

wes1446sp-180996-vareena-spa-suite-room-med

Selain kolam renangnya dan juga pusat kesihatan serta senaman, hotel ini turut dilengkapi dengan ruangan mesyuarat buat pelbagai kegunaan. Ia juga sering menjadi pilihan untuk penganjuran acara-acara besar seperti perkahwinan dan seumpamanya.

Dengan pemandangan terhebat bandaraya Bangkok dari setiap jengukan jendela, hotel ini memang sesuai menjadi tempat penginapan buat mereka yang menghargai perkhidmatan berkualiti tinggi. Sekiranya berpeluang ke Bangkok, bermalamlah di Westin Grande Sukhumvit kerana pengalamannya tidak akan anda lupakan!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!