85398

Pengasas Shell Out Memperkenalkan Restoran Terbaru Bernama ShellFish ! - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-02-21-at-2-27-55-pm-3

Selepas berjaya memperkenalkan konsep restoran Shell Out di Malaysia, para pengasas Shell Out kini memperkenalkan restoran terbaru mereka yang bernama ShellFish.

Restoran ini memaparkan makanan laut tradisional yang berkonsep Szechuan.

Biarpun menampilkan menu ala Szechuan, para pengasasnya masih menerapkan unsur Shell Out di mana sos mentega gaya Cajun tetap digunakan dalam masakan di ShellFish.

whatsapp-image-2018-02-21-at-2-27-55-pm-2

ShellFish mempertaruhkan menu khas mereka iaitu ikan panggang cara Szechuan yang disajikan bersama hidangan sampingan lain dalam bentuk ‘steamboat’ atau periuk kukus.

Selain ramuan yang halal dan lazat, ShellFish juga menggunakan bahan paling segar untuk setiap hidangannya.

Jika anda ingin tahu bagaimana rasa makanan di sini, kunjungi ShellFish yang terletak hadapan Sunway Nexis  di Kota Damansara!

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!