89253

Penginapan Bersebelahan Lapangan Terbang di Novotel Auckland Airport - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sejak adanya penerbangan tambang rendah ke New Zealand, negara tersebut kini menjadi salah satu negara yang paling sering dikunjungi rakyat Malaysia sekiranya ingin bercuti jauh ke luar negara. Lebih menarik lagi ia juga merupakan negara yang menjadi lokasi penggambaran filem Lord Of The Rings dan juga The Hobbit.

Seandainya ada yang berencana untuk singgah sebentar di Auckland melalui penerbangan transit dan ingin bermalam sejenak berdekatan dengan lapangan terbang Auckland (supaya mudah berlepas ke destinasi seterusnya), hotel Novotel Auckland Airport merupakan hotel yang sangat sesuai.

Biarpun ia sebuah hotel lapangan terbang, hotel ini bernaung di bawah jenama tersohor Accor. Semestinya hotel ini juga memberikan perkhidmatan setaraf hotel-hotel antarabangsa yang lain.

Di hotel ini anda akan tahu perasaan bermalam di sebuah tempat dengan melihat pemandangan kapal terbang mendarat di luar jendela anda.

Terletak secara strategik di sebelah bangunan terminal antarabangsa Lapangan Terbang Auckland. Hotel transit yang terletak di dalam kawasan lapangan terbang ini menampilkan bilik- bilik yang selesa termasuk beberapa bilik buat keluarga yang mempunyai lebih daripada satu katil, di mana para tamu boleh beristirehat dalam persekitaran yang selesa dengan pemandangan laluan kapal terbang di luar jendela!

Setiap bilik dihias dengan moden dan praktikal untuk keperluan tamu serta dilengkapi dengan kemudahan seperti sambungan internet wi-fi percuma, TV satelit, teh dengan kopi dan seumpamanya.

Ia juga mempunya sebuah restoran dan iaitu The Square Restaurant serta Bar.

Dan sekiranya ada yang ingin menganjurkan acara, hotel ini mempunyai ruangan kapasiti untuk mengadakan mesyuarat, persidangan dan boleh menampung sehingga 315 orang!

Dengan perkhidmatan yang baik serta penginapan yang selesa, hotel Novotel Auckland Airport memang harus dicuba sekiranya anda mempunyai penerbangan sambungan untuk beberapa jam dari satu destinasi ke destinasi yang lain ataupun sekiranya anda malas untuk bangun pagi dan mengejar pesawat di awal pagi di Auckland New Zealand!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!