86488

Penginapan Pangsapuri Mewah Oakwood Suites La Maison Jakarta - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kini ibu-bapa sering sibuk dengan tugas dan kerja mereka sehingga payah untuk merancang percutian yang panjang di luar Malaysia. Namun begitu itu tidak bermakna tiada cara untuk menghabiskan waktu dengan anak-anak.

Bagi mereka yang melancong ke negara jiran Indonesia, Jakarta merupakan satu destinasi yang mudah dan tepat kerana ia hanya mengambil masa dua jam perjalanan sahaja dengan menaiki kapal terbang. Dan andai tercari-cari tempat penginapan yang menepati suasana percutian berkeluarga di bandaraya itu, Oakwood Suites La Maison,Jakarta adalah pilihan yang sangat sesuai.

Terletak di daerah pusat perniagaan, Jakarta Selatan, Oakwood Suites La Maison hanya tujuh kilometer dari kawasan pusat. Dan terdapat empat sebab mengapa ramai memilih penginapan di situ. Yang pertama, lokasinya sangat strategik dan susah untuk dinafikan. Hotel ini terletak berdekatan beberapa kedai, restoran, pusat membeli-belah dan di bawah hotel ini terdapat pasar raya.

Pusat-pusat membeli-belah berdekatan seperti Gandaria City Mall, Pondok Indah Mall dan Pasar Mayestik mempunyai pelbagai kedai menarik serta taman permainan kanak-kanak. Ini termasuk aneka restoran, pusat karaoke, panggung wayang dan macam-macam lagi. Sebab kedua tempat ini sesuai sebagai penginapan adalah perkhidmatan peribadi yang disediakan. Ini terlihat dengan layanan para pekerja yang sangat peka, teliti dan peramah. Hanya satu unit terdapat di setiap tingkat, justeru, sebaik sahaja lif terbuka, hanya unit anda yang berada di tingkat itu.

Yang ketiga pula adalah pilihan jenis-jenis penginapan yang ditawarkan. Jenama Oakwood memang terkenal sebagai penginapan berkonsepkan pangsapuri mewah. Terdapat 80 unit pangsapuri khas nan mewah di situ.

Pangsapuri-pangsapuri ini datang dengan dua pilihan, ada yang dua dan tiga bilik tidur selain dapur kecil, ruang tamu dan juga ruang makan. Ditambah lagi dengan TV layar leper di setiap bilik, kemudahan yang ditawarkan benar-benar mirip seperti di hotel lima bintang. Perbezaannya hanyalah jumlah bilik yang lebih banyak dan ruang yang lebih luas. Selain itu setiap unit pangsapuri eksklusif ini mempunyai sambungan internet wi-fi untuk kemudahan para tamunya. Ini menjadikannya sangat sesuai untuk tamu yang berkunjung.

Apatah lagi terdapat kemudahan lain seperti gimnasium untuk beriadah, spa untuk memanjakan diri, serta kolam renang dan juga ruang permainan untuk kanak-kanak (children’s play room) buat anak-anak meluangkan masa. Ini semua menjadi sebab keempat kenapa penginapan ini menjadi pilihan.

Dengan perkhidmatan lima bintang bertaraf antarabangsa yang diberikan, penginapan di sini memang amat berbaloi. Jadi, tunggu apa lagi? Rebutlah peluang ini dan nikmatilah percutian bersama keluarga tersayang anda di Oakwood Suites La Maison sekiranya berkunjung ke Jakarta!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!