73380

Penginapan Praktikal Berkonsep Pangsapuri di Adina Apartment Sydney Town Hall - Suria FM - Segalanya Hiburan

20170916_062153

Sejak adanya pesawat tambang rendah, Sydney  sering menjadi tumpuan para pelancong asing khasnya rakyat Malaysia. Ini kerana bandaraya utama Australia ini memang terkenal dengan pelbagai tempat menarik yang mirip dengan suasana di Eropah. Jarak di antara Sydney dan KL juga lebih dekat berbanding penerbangan ke Eropah.

Oleh sebab itu, keperluan untuk tempat persinggahan dan penginapan di sini semakin meningkat. Walaupun semakin banyak hotel-hotel baru yang muncul di bandar ini, namun terdapat beberapa tempat penginapan di Sydney yang telah lama bertahan dengan konsepnya yang tersendiri. Adina Apartment di Sydney Town Hall merupakan salah satu hotel yang dimaksudkan.

adina-sydney-apartment-hotel-two-bedroom-lounge-1-2012

Terbina di kawasan pusat bandar Sydney, kedudukan strategiknya menyebabkan ramai yang memilih untuk bermalam di sini. Kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan di sini semakin bagus setiap hari. Apalagi dengan senireka dalamannya yang seiring dengan gaya kontemporari hotel-hotel lain masa kini.

20170915_215202

20170915_215114

20170915_215257

Yang lebih menarik, pangsapuri ini bukan sahaja menawarkan bilik-bilik dan suite seperti hotel-hotel mewah yang lain tetapi tujuan utama mereka adalah untuk mewujudkan tempat tinggal dan bukan sekadar bilik biasa. Dengan konsep suite sepenuhnya, setiap unit persis pangsapuri mewah dengan perkhidmatan. Terdapat pilihan suite dengan satu, dua atau tiga bilik tidur untuk kemudahan para tamu. Ini diserikan lagi dengan perkhidmatan terbaik para pekerja hotel yang datang untuk mengemas seluruh suite seperti di hotel lain.

Ia juga lengkap dengan ruang tamu, dapur, mesin cuci, dan perkakas lain seperti di sebuah pangsapuri untuk memudahkan tamu memasak makanan sendiri dan juga mencuci pakaian. Selain itu ia juga mempunyai beranda yang menawarkan pemandangan menakjubkan kota Sydney!

adina-sydney-apartment-hotel-premier-two-bedroom-lounge-3-2013

Pangsapuri ini ini sering menjadi tumpuan keluarga yang ingin bercuti dan bersiar-siar sekitar Sydney. Ini kerana pangsapuri ini berdekatan dengan pusat-pusat perdagangan dan industri terkemuka seperti pusat-pusat membeli-belah dan mercu tanda paling mudah untuk mengenali kawasannya adalah kedudukannya yang betul-betul berada di sebelah Dewan Bandaraya Sydney. Malah stesen keretapi bawah tanah Sydney Town Hall juga terletak betul-betul di dalam kompleks membeli-belah di hadapan pangsapuri ini.

20170916_062842

20170916_155408

Bab menjamu selera juga bukanlah satu masalah kerana tersedia banyak pilihan restoran yang menyajikan daging halal berdekatan kawasan pangsapuri. Tidak kiralah buat sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam, kesemua jenis restoran ada di kawasan ini.

Jadi sekiranya anda tercari-cari, penginapan di Sydney, pastikan Adina Apartment di Sydney Town Hall menjadi pilihan pertama!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!