73352

Penginapan Ranggi dan Selesa di Oakwood Studios Singapore - Suria FM - Segalanya Hiburan

oakwood-studios-singapore-studio-living-room

Hujung tahun adalah peluang yang ditunggu-tunggu ramai orang untuk menghabiskan cuti tahunan. Bagi mereka yang ingin melancong ke luar negara tapi tidak mahu pergi terlalu jauh, Singapura  merupakan satu destinasi yang mudah dan tepat kerana ia hanya mengambil masa kurang daripada sejam perjalanan sahaja dengan menaiki kapal terbang. Dan andai tercari-cari tempat penginapan yang menepati suasana percutian di bandaraya itu Oakwood Premier Studios Singapore adalah pilihan yang sangat sesuai.

oakwood-studios-singapore-facade-night

Terletak di kawasan perumahan berdekatan pusat kota Singapura di daerah Mount Elizabeth, Oakwood Studios memang sering menjadi pilihan mereka yang ingin menginap di tengah bandaraya. Ini kerana ia mempunyai tiga sebab yang paling ketara.

oakwood-studios-singapore-alfresco

Yang pertama, lokasinya sangat strategik dan susah untuk dinafikan. Hotel ini terletak berdekatan dengan jalan membeli-belah popular Singapura iaitu Orchard Road. Orchard Road sememangnya mempunyai pelbagai kedai menarik serta macam-macam lagi. Malah stesen MRT juga tidak jauh dari situ.

oakwood-studios-singapore-lobby

Sebab kedua tempat ini sesuai sebagai penginapan adalah kerana ia bukan hotel biasa tetapi berkonsep ‘serviced apartment’ atau pangsapuri dengan perkhidmatan. Ini terlihat dengan konsep senireka dalaman serta senibinanya yang cukup ranggi dan menakjubkan. Jenama Oakwood memang terkenal sebagai penginapan berkonsepkan pangsapuri mewah. Nama Oakwood Studios sendiri melambangkan kelebihan yang ada di sini.

20171013_150717

20171013_150830

Terdapat 98 unit pangsapuri khas nan mewah di situ. Pangsapuri-pangsapuri ini datang dengan tiga pilihan, ada yang datang dengan satu, atau dua bilik tidur selain studio yang lengkap dengan dapur kecil sekiranya ingin menyediakan makanan sendiri, ruang tamu dan juga ruang makan. Ditambah lagi dengan TV layar leper di setiap bilik, kemudahan yang ditawarkan benar-benar mirip seperti di hotel lima bintang.

oakwood-studios-singapore-one-bedroom-apartment-bedroom

Perbezaannya hanyalah jumlah bilik yang lebih banyak dan ruang yang lebih luas. Selain itu setiap unit pangsapuri eksklusif ini mempunyai sambungan internet wi-fi untuk kemudahan para tamunya. Ini menjadikannya sangat sesuai untuk tamu yang berkunjung. Dan yang menarik perhatian adalah senireka dalamannya yang ranggi dan ceria. Permainan warna serta tema-tema ‘comel’ yang diterapkan dalam pangsapuri ini memang menyenangkan tamu yang datang.

20171013_150745

20171013_150731

oakwood-studios-singapore-socialize

Malah terdapat beberapa unit studio yang lengkap dengan piano sendiri bagi mereka yang suka bermain piano dan mahukan unsur muzik dalam bilik mereka.

oakwood-studios-singapore-pool-artistic

oakwoods-studios-singapore-bbq-area

Apatah lagi terdapat kemudahan lain seperti sebuah gimnasium kecil untuk beriadah, serta kolam renang di tingkat atas buat bersantai dan meluangkan masa. Ini semua menjadi sebab ketiga kenapa penginapan ini menjadi pilihan.

oakwood-studios-singapore-swim-night

Dengan perkhidmatan bertaraf antarabangsa yang diberikan, penginapan di sini memang amat berbaloi. Jadi, tunggu apa lagi? Rebutlah peluang ini dan nikmatilah percutian bersama orang tersayang anda di Oakwood Studios  sekiranya berkunjung ke Singapura!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!