88953

Penginapan Selesa Berdekatan Lapangan Terbang di Holiday Inn Auckland Airport - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sejak adanya penerbangan tambang rendah ke New Zealand, negara tersebut kini  menjadi salah satu negara yang paling sering dikunjungi rakyat Malaysia sekiranya ingin bercuti jauh ke luar negara. Lebih menarik lagi ia juga merupakan negara yang menjadi lokasi penggambaran filem Lord Of The Rings dan juga The Hobbit.

Seandainya ada yang berencana untuk singgah sebentar di Auckland melalui penerbangan transit dan ingin bermalam sejenak berdekatan dengan lapangan terbang Auckland (supaya mudah berlepas ke destinasi seterusnya), hotel Holiday Inn Auckland Airport merupakan hotel yang sangat sesuai.

Biarpun ia sebuah hotel lapangan terbang, hotel ini bernaung di bawah jenama tersohor Holiday Inn yang juga merupakan salah sebuah jenama di bawah syarikat hartanah hotel IHG. Semestinya hotel ini juga memberikan perkhidmatan setaraf hotel-hotel antarabangsa yang lain.

Tambahan lagi, sebagai sebuah hotel lapangan terbang hotel ini boleh ditujui dengan kemudahan bas ‘shuttle’ yang ada di lapangan terbang Auckland. Kenderaan yang datang sekitar setiap 15 minit ini sangat memudahkan tamu kerana hotel ini terletak hanya sekitar tiga kilometer dari lapangan terbang.

Terletak secara strategik berdekatan lapangan terbang Auckland, hotel ini menampilkan banyak bilik dan sembilan buah suite, di mana para tamu boleh beristirehat dalam persekitaran yang selesa dengan pemandangan taman yang hijau sekitar hotel. Setiap bilik mempunyai sama ada laluan terus ke kawasan taman ataupun balkoni khas di luar jendela!

Setiap bilik dihias dengan moden dan praktikal untuk keperluan tamu serta dilengkapi dengan kemudahan seperti sambungan internet wi-fi percuma, TV satelit, teh dengan kopi dan seumpamanya.

Ia juga mempunya sebuah restoran dan ‘lounge’ atau ruang tamu eksklusif iaitu Vapor Restaurant serta Halo Bar. Tidak ketinggalan seperti hotel-hotel mewah lain, ia turut dilengkapi sebuah kolam renang, dan juga sebuah pusat senaman serta kesihatan.

Dan sekiranya ada yang ingin menganjurkan acara, hotel ini mempunyai ruangan kapasiti untuk mengadakan mesyuarat, persidangan dan boleh menampung sehingga 400 orang!

Dengan perkhidmatan yang baik serta penginapan yang selesa, hotel Holiday Inn Auckland Airport memang harus dicuba sekiranya anda mempunyai penerbangan sambungan untuk beberapa jam dari satu destinasi ke destinasi yang lain ataupun sekiranya anda malas untuk bangun pagi dan mengejar pesawat di awal pagi di Auckland New Zealand!

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!