73314

Penginapan Selesa dan Harga Berpatutan di THE 1O1 Jakarta Sedayu Darmawangsa - Suria FM - Segalanya Hiburan

img-20160614-wa0013-copy

Biarpun Jakarta ditumbuhi ratusan hotel namun ada beberapa hotel yang semakin mendapat tempat di ibukota Indonesia itu. Ini kerana kebanyakan hotel-hotel masa kini masih mampu menawarkan perkhidmatan setaraf hotel-hotel lima dan empat bintang antarabangsa. Dan lebih istimewa lagi, mereka sering menyediakan ciri-ciri unik di bilik ataupun kemudahan lain bagi menarik minat para tamu.

img-20160614-wa0010-copy

Salah satu jenama hotel yang dimaksudkan adalah hotel THE 1O1 Jakarta Sedayu Darmawangsa yang terletak di kawasan selatan Jakarta. Hotel THE 1O1 turut mempunyai beberapa cabang lain di Indonesia seperti di Palembang, Bali, dan banyak lagi.

Hotel THE 1O1 Jakarta Sedayu Darmawangsa di Jakarta mempunyai lokasi yang strategik kerana terletak di sebelah Darmawangsa Square yang merupakan pusat komersial dengan pelbagai kedai dan restoran.

business-smart-room-stylish-type

Kesemua bilik hotel ini mempunyai perkhidmatan sambungan internet wi-f percuma serta kemudahan elektronik terkini seperti televisyen dengan saluran satelit, dan bilik mandi yang lengkap.

1o1-cafe

Ia juga mempunyai sebuah restoran yang bernama 1O1 Cafe yang menawarkan menu enak bervariasi tempatan dan antarabangsa. Tidak dilupakan juga sebuah lounge bernama Terraza Lounge untuk bersantai di tepi kolam renang sambil menikmati minuman.

9j7a6492-copy_edit

Andai berpeluang ke Jakarta dan ingin menginap di hotel berkualiti pada harga berpatutan di kawasan Jakarta Selatan, bermalamlah di THE 1O1 Jakarta Sedayu Darmawangsa! Ia pasti tak akan mengecewakan anda!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!