95624

Penginapan Selesa di The BLOSSOM Hakata Premier Fukuoka, Jepun - Suria FM - Segalanya Hiburan

Fukuoka merupakan salah satu bandaraya paling dikenali di Jepun selain daripada Tokyo dan Osaka. Ini kerana Fukuoka juga kaya dengan pelbagai unsur kemodenan selain peninggalan sejarah dan budaya asli Jepun. Maka tidak hairanlah jika terdapat banyak tempat penginapan di kota yang sangat menarik ini.

Tersergam indah di salah satu kawasan popular Fukuoka iaitu Hakata, hotel The BLOSSOM Hakata Premier merupakan sebuah hotel bertaraf dunia yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya. Sebagai salah satu rangkaian hotel terkenal di Jepun, mereka berjaya membuktikan yang mereka mampu mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya.

Lokasi hotel ini di tengah-tengah pusat bandaraya Fukuoka dan hotel ini terletak beberapa minit dari stesen tren bawah tanah Hakata. Cuma beberapa langkah sahaja dari stesen subway tadi sudah cukup untuk sampai ke perkarangan pintu masuk hotel. Perjalanannya tidak sampai beberapa minit! Ini membuatkan hotel ini memang sesuai dijadikan tempat untuk menginap di Fukuoka.

Dengan pelbagai bilik yang dihias secara moden dan mudah, hotel ini turut menawarkan pemandangan bandar Fukuoka dan persekitarannya dengan penuh gah. Ia mempunyai bilik-bilik yang memenuhi kehendak setiap jenis tamu dengan sambungan wi-fi yang laju. Ada juga bilik yang mempunyai ruang tamu kecil ala Jepun tradisional (dengan meja rendah untuk tamu duduk bersila)

The BLOSSOM Hakata Premier juga mempunyai sebuah ruangan mandi terbuka dan spa serta sauna berasingan mengikut jantina di ruangan untuk beriadah dan menenangkan diri. Ini diserikan lagi dengan  tempat buat menikmati sarapan di lantai bawah.

Berdekatan dengan hotel ini juga adalah kawasan membeli-belah Canal City Hakata dan aneka restoran untuk kemudahan para tamu yang ingin bersiar-siar mencuba makanan tempatan atau membeli barangan tertentu.  Sekiranya anda tercari-cari hotel yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik di Fukuoka, bermalamlah di The BLOSSOM Hakata Premier kerana ia benar-benar kemudahan yang senang dikecapi!

 

Artikel sumbangan: Shah Shamshiri

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!