96476

Penginapan Selesa di PARKROYAL on Kitchener Road - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tiap kali berbicara tentang membeli-belah atau bersiar-siar sebentar di Asia Tenggara, ramai rakyat Malaysia pasti terfikir akan kota Singapura. Kota Singa ini memang terkenal sebagai salah sebuah bandaraya yang paling moden di Asia Tenggara.

Dengan arus kemodenan yang mula wujud di samping nilai-nilai tradisional, Singapura menawarkan pelbagai tarikan menarik berupa tempat-tempat peranginan unik serta pusat-pusat membeli-belah yang yang lain.

Singapura sangat popular di Asia dan sering menjadi tumpuan orang ramai (ini termasuklah penduduk Malaysia serta para pelancong asing). Ini juga kerana jarak Singapura dan KL yang hanya memakan waktu sekitar 45 minit dengan menaiki kapal terbang.

Oleh kerana itu, keperluan untuk tempat persinggahan dan penginapan di sini semakin meningkat. Walaupun semakin banyak hotel-hotel baru yang muncul di bandar ini, namun Parkroyal on Kitchener Road di Singapura kekal sebagai salah satu hotel yang terkenal di sini.
Terletak sekitar beberapa minit perjalanan dari stesen MRT Farrer Park, kedudukan strategiknya menyebabkan ramai yang memilih untuk bermalam di hotel ini. Kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan Parkroyal on Kitchener Road masih lagi utuh dan malah semakin bagus saban hari. Apalagi dengan senireka dalamannya yang seiring dengan gaya kontemporari hotel-hotel lain masa kini.
Hotel ini menawarkan banyak bilik dan suite yang dihias indah dengan penuh teliti. Lebih menarik lagi, bermula Mac 2020 hotel ini bakal mempunyai kiosk daftar-masuk berkonsep layan-diri untuk memudahkan para tamu yang menginap di sini. Ia juga mempunyai sistem pengangkutan bagasi automatik di pintu masuk hotel untuk menyenangkan proses pengangkatan dan pemindahan bagasi.
Setiap bilik juga kini mempunyai sistem penyulingan air sendiri yang membolehkan air diminum secara langsung dari paip singki !
Turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti kolam renang, gimnasium, dewan-dewan serbaguna dan macam-macam lagi, hotel ini sering menjadi tumpuan para usahawan yang mempunyai urusan kerja dan bercuti di Singapura. 
Hotel ini juga tidak jauh dari kawasan Little India dan Mustafa Centre yang terkenal dengan barang-barang menarik pada harga berpatutan. Malah laluan untuk ke pusat ibukota dari hotel ini juga sangat mudah kerana terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan awam tidak jauh dari hotel ini.
Soal menjamu selera juga bukanlah satu masalah kerana tersedia ajnas pilihan restoran dan tempat makan di hotel berjenama antarabangsa ini. Di antaranya termasuklah Spice Brasserie untuk menikmati pelbagai hidangan lazat berkonsep makanan India, dan antarabangsa tidak kiralah buat sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam.
Untuk bersantai atau minum petang cubalah singgah di Club 5. Jadi sekiranya anda tercari-cari hotel di Singapura, pastikan Parkroyal on Kitchener Road menjadi pilihan pertama!
Artikel sumbangan: Shah Shamshiri
Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!