85689

Penginapan Selesa, Harga Berpatutan di Fraser Suites Harmonie Paris - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kota Paris memang menjadi tumpuan para pelancong dunia dan tidak terkecuali rakyat Malaysia juga. Ini kerana ibu negara Perancis ini memang terkenal dengan pelbagai tempat-tempat menarik seperti Menara Eiffel dan mendapat jolokan kota cinta dunia.

Oleh kerana itu, keperluan untuk tempat penginapan di sini semakin meningkat. Walaupun semakin banyak hotel-hotel baru yang muncul di bandar ini, namun terdapat beberapa hotel di Paris yang telah lama bertahan dengan konsepnya yang tersendiri. Fraser Suites Harmonie di Paris merupakan salah satu penginapan yang dimaksudkan.

Terbina di kawasan populat iaitu La Defense di Paris, kedudukan strategiknya menyebabkan ramai yang memilih untuk bermalam di sini. Kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan di sini semakin bagus setiap hari. Apalagi dengan senireka dalamannya yang seiring dengan gaya kontemporari hotel-hotel lain masa kini.

Yang lebih istimewa, ia bukan sahaja menawarkan bilik-bilik dan suite seperti hotel-hotel mewah yang lain tetapi tujuan utama mereka adalah untuk mewujudkan tempat tinggal dan bukan sekadar bilik biasa. Dengan konsep suite sepenuhnya, setiap unit persis pangsapuri mewah dengan perkhidmatan (serviced apartments).

Terdapat pilihan suite dengan satu, dua atau tiga bilik tidur untuk kemudahan para tamu. Ini diserikan lagi dengan perkhidmatan terbaik para pekerja yang datang untuk mengemas seluruh suite seperti di hotel lima bintang yang lain.

Turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti gymnasium, dan juga telefon bimbit percuma dengan data untuk kegunaan sepanjang penginapan, hotel ini sering menjadi tumpuan keluarga yang bercuti di kawasan sekitar Paris.

Ini kerana hotel ini berdekatan dengan pusat-pusat perdagangan dan industri terkemuka selain stesen metro (seperti MRT) La Defense.

Jadi sekiranya anda tercari-cari, penginapan di Paris, pastikan Fraser Suites Harmonie menjadi pilihan pertama!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!