93857

Peralatan Pintar Toush Bantu Jimatkan Kuasa Dan Wang - Suria FM - Segalanya Hiburan

Toush ialah siri peralatan baru IoT pintar Pensonic yang digunakan dengan WiFi dan boleh dikawal secara jauh menggunakan aplikasi tunggal Toush.

Jadi, apakah itu Toush? Toush membolehkan anda menikmati, merasai, menyedari, menerokai kehidupan dengan cara yang indah. Peralatan IoT Pintar Toush ialah peralatan intuitif yang dapat menyedari dan bertindakbalas terhadap keperluan pengguna, dan peralatan pintar ini dapat dikawal dari jauh menggunakan peranti skrin sentuh. Peralatan pintar Toush menghubungkan, mengautomatikkan, mengkuantitikan, mengoptimumkan tenaga dan sumber, memberi pengguna lebih banyak penjimatan sambil memudahkan kehidupan pengguna.

Melalui pengesan-pengesan pintar Toush yang berbeza seperti pengesan suhu, kualiti udara, lokasi, getaran, kelembapan dan pengesan yang lain, peralatan pintar Toush boleh berinteraksi dengan persekitarannya, menyampaikan data yang bermanfaat dan memberikan cadangan praktikal untuk memastikan suasana yang selesa untuk pengguna.

Dengan kemasukan peralatan pintar yang dihubungkan menggunakan WiFi, persaingan pasaran peralatan rumah semakin bertambah, telah dipelbagaikan dan lebih berorientasikan pengguna. Terdapat banyak pemain dalam pasaran yang mempromosi peralatan pintar rumah, tetapi kebanyakannya mempunyai satu applikasi untuk menguruskan satu peralatan.

Pengarah Urusan Kumpulan Pensonic En.Vincent Chew menerangkan, “Pensonic ialah jenama tempatan yang pertama menjual peralatan elektrikal pintar IoT dan jenama peralatan elektrikal tempatan dengan aplikasi yang dapat menguruskan pelbagai produk Toush dengan hanya satu aplikasi. Anda boleh mengautomasikan peralatan Toush yang berlainan supaya beroperasi atau tutup pada masa yang tertentu, boleh menjadualkan pembersihan pada masa yang berbeza sehingga 7 hari, membantu memantau penggunaan tenaga untuk anda menikmati lebih banyak penjimatan, menerima notifikasi penyelenggaraan peralatan dan informasi terkini untuk mengekalkan peralatan anda dalam keadaan baik, mempunyai akses segera kepada manual pengguna, dan anda juga boleh mengajak seorang anggota keluarga untuk menguruskan peralatan Toush bersama anda”.

En.Vincent menyambung, “Selain dari ciri-ciri penjimatan tenaga dan mesra pengguna seperti yang telah saya sebutkan tadi, Pensonic prihatin terhadap keselamatan pengguna, oleh itu semua peralatan Toush adalah diperakui dan diluluskan oleh SIRIM, Suruhanjaya Tenaga dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)”.

Pengguna bimbang mengenai privasi dan keselamatan data apabila menggunakan peralatan pintar. Dilengkapi dengan wawasan untuk menyediakan peralatan pintar rumah yang memudahkan kehidupan pengguna, Pensonic telah berganding bahu dengan Tuya Global Inc. (Tuya).

Tuya ialah penyedia platform IoT global dengan penyelesaian sehenti untuk peralatan pintar, termasuk akses peralatan, servis ‘cloud’, dan keupayaan pembangunan aplikasi. Pada masa ini, Tuya mempunyai 100,000 pelanggan antarabangsa dengan 100 juta alat perhubungan untuk menyediakan satu platform yang selamat untuk para pelanggan.

Tuya mempunyai banyak ciri-ciri keselamatan untuk melindungi privasi dan integriti data pengguna. Antara ciri-ciri keselamatan ialah pusat-pusat data global yang bebas, penghantaran data yang selamat dengan TLS, penghantaran AES128 tambahan yang telah dikodkan, dan bagi penyimpanan data, Tuya akan kodkan data yang sensitif dengan kod lazim industri, termasuk kod AES256 dan SHA256 (Algoritma ‘Hash’ Selamat) untuk penyahpekaan data dan simpanan.

Tuya bekerja dengan organisasi keselamatan global seperti NCC Group, institusi-institusi pihak ketiga untuk perlindungan data persendirian dan sokongan keselamatan, dengan TrustArc untuk GDPR, CCPA dan undang-undang privasi antarabangsa dan tempatan. Tuya juga mempunyai ISO27001, 27017 dan 27018 dari SGS.

Oleh kerana anda sudah mengetahui anda boleh menggunakan Peralatan Pintar Toush dengan hati yang tenang, anda hanya perlu mendaftar waranti peralatan Toush anda secara talian (online) menggunakan aplikasi Pensonic dan kami akan menghantar Toush Kit bagi anda percuma (untuk setiap alamat pendaftaran). Anda boleh muat turun aplikasi Pensonic menggunakan QR Code di pembungkusan atau manual pengguna.

Sebaik sahaja waranti peralatan telah didaftarkan, pengguna boleh muat turun aplikasi Toush, hubungkan peralatan Toush menggunakan aplikasi Toush, dan menguruskan peralatan Toush anda dari jauh jika terdapat sambungan WiFi. Sila kunjungi Toush Facebook atau menelefon nombor Pusat Khidmat Pelanggan kami untuk maklumat lanjut. Dapatkan peralatan Toush dan uruskan semua peralatan Toush anda dengan hanya satu aplikasi, dan nikmati lebih banyak penjimatan!

Majlis pelancaran yang diadakan pada awal Ogos yang lepas telah dirasmikan oleh YB Dr. Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri dan dihadiri oleh Dato’ Seri Chew Weng Khak (Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Pensonic Holdings Berhad), Lembaga Pengarah Pensonic Holdings Berhad, Pengurusan Kanan Tuya Global, Dato’ Andy Kwan (Presiden Persatuan Penyaman Udara dan Penyejukkan), En. Mohd Azanuddin Salleh (Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS Antarabangsa) dan En.Gan Cheng Swee (Presiden Persatuan Persekutuan Peniaga Peralatan Elektrik Malaysia atau FOMEDA), Media, rakan kongsi, peniaga dan tetamu-tetamu.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!