Pantai Patong di Phuket bukanlah satu lokasi percutian yang asing bagi pelancong. Malah boleh dikatakan setiap yang merancang untuk melancong ke Thailand, pasti menyenaraikan Patong sebagai salah satu lokasi lawatan. Bagi mereka yang inginkan hiburan, pilihan makanan yang pelbagai serta bersantai di persisiran pantai, Patong adalah antara lokasi pelancongan yang harus dilawati. Bagaimana pula dengan pilihan penginapan? Sekiranya anda mahu menginap di resort berhampiran pantai dan juga berada berhampiran semua lokasi menarik di Patong, Impiana Resort adalah jawapannya.

Resort ini terletak di pantai Patong dan juga berhampiran dengan pelbagai pusat hiburan, restoran, serta lokasi tumpuan pelancong iaitu Bangla Road. Namun, kesibukan serta suasana hingar-bingar Patong lenyap apabila anda menjejakkan kaki ke resort ini. Impiana Resort memastikan keselesaan setiap pengunjungnya dengan memastikan suasana resort yang sunyi dan mendamaikan.

Terdapat enam jenis bilik yang bertemakan gaya Thai klasik untuk pilihan pengunjung. Superior Garden, Superior Sea, Deluxe Garden, Deluxe Sea, Impiana Suite dan Royal Villa adalah antara 71 buah bilik yang disediakan di resort ini.

Anda juga tidak perlu pergi jauh untuk menikmati pelbagai juadah makanan laut serta barbeku yang anda idamkan. Restoran Sala Bua dibuka untuk sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam. Lokasinya yang terletak berhampiran pantai amat sesuai sekiranya anda merancang untuk makan malam romantis bersama pasangan anda. Restoran 3 Spices pula menyediakan makanan Thai serta Asia. Sekiranya anda ingin bersantai bersama rakan-rakan setelah lelah berjalan sekitar Patong anda boleh terus ke Beach Bar yang menyediakan pelbagai jenis minuman serta makanan ringan.

Jangan lupa untuk memanjakan diri anda dengan berkunjung ke Swasana Spa. Dengan menggunakan pelbagai herba, pengunjung boleh memilih pakej urutan, terapi pemulihan, rawatan muka dan badan serta aroma terapi.

Jika ini impian pelancongan anda pastikan anda memilih Impiana Resort, Patong. Kunjungi https://phukethotels.impiana.com.my/ untuk maklumat lanjut.

sumbangan : Wan Azfarozza Wan Athmar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!