86044

Percutian Pantai Terdekat di Lexis Port Dickson - Suria FM - Segalanya Hiburan

water-chalets-2
Tak berapa jauh dari kota Kuala Lumpur, tersergam sebuah tempat yang sesuai buat bergembira dan menenangkan fikiran. Terletak di bandar Port Dickson, Lexis Port Dickson tersenarai sebagai salah satu hotel yang paling popular dan berprestij di kawasan ini. Dengan kedudukannya di bahagian Lukut, ia menepati ajnas citarasa para pengunjung.

Dengan 279 bilik-bilik indah, hotel ini dilengkapi dengan kolam renang, tempat memanah, kawasan bermain segway, restoran dan macam-macam lagi. Lexis memenuhi kehendak setiap pengunjungnya yang ingin berehat di tepi pantai sambil menikmati kemewahan hidup yang lain. Bilik-biliknya yang berkonsepkan moden namun romantis setanding dengan hotel-hotel ternama sekitar Malaysia. Malah lebih menarik lagi adalah Water Chalet atau ‘rumah air’ yang dibina di atas laut menghidupkan suasana seperti seolah-olah berada di Maldives atau Mauritius kala bermalam!

fishing

Apatah lagi dengan pemandangan indah lautan di yang lebih peribadi dan tersendiri khas buat tamu hotel, ia merupakan destinasi paling tepat buat mereka yang berkeluarga ataupun yang ingin berdua.

karaoke-room

Dengan kawasan yang diasingkan dan agak ‘tersembunyi’ dari dunia luar yang lebih bising serta sibuk dengan hingar-bingar kota, Lexis Port Dickson juga sesuai buat mereka yang ingin mengadakan acara-acara serta majlis-majlis tertentu. Ini termasuklah mesyuarat-mesyuarat penting, seminar-seminar khas, majlis perkahwinan, sesi latihan korporat dan macam-macam lagi.

???????????

Satu lagi kelebihan Lexis Port Dickson adalah kedudukannya yang tidak jauh daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang serta bandaraya penting yang lain seperti Melaka, Bandaraya Bersejarah dan juga Kuala Lumpur sendiri. Pendek kata, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini dan di antaranya ialah berkaraoke, menangkap ikan, renang, dan macam-macam lagi.Oleh itu, sekiranya anda hendak pergi merehatkan minda serta bercuti dan tidak mahu pergi terlalu jauh dari ibukota, singgahlah ke Lexis Port Dickson. Perjalanannya sebentar sahaja dan anda tidak perlu bersusah-payah meredahi hutan belantara ataupun kesesakan lalu-lintas yang menggusarkan!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!