73354

Percutian Sempurna di Sun Island Hotel & Spa Legian di Bali - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-11-08-at-12-03-52-am

Tiada siapa yang mampu menidakkan keindahan Pulau Bali, seluruh pengunjung dunia sering hadir untuk menikmati nuansa pemandangan di sana. Bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke pulau Dewata itu pasti tercari-cari hotel yang berpatutan dan berada di tengah-tengah kota pulau tersebut. Kami menyarankan untuk mencuba menginap di Sun Island Hotel & Spa Legian. Hotel ini terletak di Jalan Legian yang menjadi pusat kesibukan Bali dimana terdapat banyak pusat hiburan, cenderamata dan restoran untuk berkunjung.

whatsapp-image-2017-11-08-at-12-03-38-am

whatsapp-image-2017-11-08-at-12-03-40-am

Apabila melihat kedudukan hotel ini, pasti ada yang tidak percaya, kerana melihat kepada bangunan yang rapat dan kecil di jalan Legian pasti anda akan berasa sesak dengan kebanjiran pelancong lain. Tidak bagi hotel ini, mereka berjaya mengunakan ruang yang terhad serta rekaan hiasan dalaman yang menarik dan selesa untuk bercuti. Hotel ini mampu menyediakan 99 bilik dan lapan suite , dua restoran, tiga bar dan dua kolam renang yang terletak di bumbung hotel ini. Faktor keselamatan juga amat dititik beratkan apabila setiap lorong ke bilik perlu menggunakan kad yang disediakan. Suite di hotel ini amat sesuai untuk pasangan muda yang baharu berkahwin untuk berbulan madu.

whatsapp-image-2017-11-08-at-12-03-49-am

Walaupun mempunyai ruang yang terhad, mereka mampu meletakkan dua kolam renang di tingkat 3 yang mempunyai bar sendiri dan juga satu lagi kolam renang yang terletak di bumbung atas bagi yang ingin ruang peribadi. Tersedia juga Island Spa untuk pengunjung yang lebih selesa berada di hotel. Pada mereka yang tidak mahu bersesak diluar, boleh menikmati makanan dan minuman di The Poolside Restaurant, Sunken Bar, Skylight Rooftop Bar dan Topix Asia Restaurant & Bar.

whatsapp-image-2017-11-08-at-12-03-50-am

Kedudukan hotel juga amat strategik, disamping tempat berhibur di waktu malam, di sekitarnya juga mempunyai kedai runcit yang beroperasi selama 24jam dan juga terdapat banyak kedai-kedai cenderamata untuk membeli buah tangan. Di samping itu juga, di sepanjang jalan Legian turut terdapat kedai makanan halal dan amat mudah didapati. Bagi yang bercadang untuk mengadakan majlis resepsi, hotel ini juga ada menyediakan pakej “Perkahwinan Bali” serendah IDR 30,600,000 lengkap dengan dekorasi, PA sistem, pembawa bunga dan penari Bali, kek sehinggalah kepada solekan, serta rawatan ‘manicure & pedicure’.

whatsapp-image-2017-11-08-at-12-03-51-am

Selain di Legian, terdapat juga cawangan hotel yang lain untuk dikunjungi. Ini termasuklah Sun Island Hotel & Spa Kuta, Sun Island Boutique Villas & Spa Seminyak, Sun Island Suites & Spa Goa Gong dan White Rose Kuta Resort Villas & Spa. Bagi yang masih tidak ada perancangan untuk percutian hujung tahun, silalah ke https://www.sunislandbali.com untuk tempahan. Kini mereka menawarkan beberapa pakej menarik dengan potongan harga istimewa bagi kategori ‘Hot Deal’ dan ‘Early Bird Booking’.

sumbangan : Afdal Shahizad

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!