88802

Permainan Minda After Hours Xscape Tarikan Terbaru KIDZANIA - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kidzania Kuala Lumpur merupakan pusat ‘Edutainment’ keluarga yang menawarkan pembelajaran dan pengalaman interaktif untuk kanak-kanak berusia antara 4 hingga 14 tahun dimana mereka boleh meneroka setiap jenis bentuk pekerjaan, dibayar untuk kerja mereka dan membeli-belah seperti dalam dunia sebenar di dalam taman tema yang dilengkapi replika bandar yang lengkap dengan banggunan, jalan berturap, kenderaan dan juga syarikat terkemuka dan antarabangsa.

Bagi menarik lebih ramai pengunjung dewasa, Kidzania Kuala Lumpur telah menganjurkan permainan After Hours XSCAPE pada bulan Julai dan Ogos. Aktiviti After Hours XSCAPE ini adalah program berkonsepkan ‘Escape Room’ dengan kerjasama Code Factory. Permainan ini direka untuk memberi peluang kepada mereka yang berusia 16 tahun ke atas untuk merasai pengalaman bermain di Kidzania selepas waktu bekerja.

Mempunyai empat jenis bilik XSCAPE, kumpulan yang terdiri daripada lapan orang dewasa ini perlu mencari petunjuk dan menyelesaikan teka-teki dalam had masa yang diberikan. Jika anda sukakan cabaran dalam menyelesaikan teka-teki dan ingin menjadi seperti salah seorang penyiasat terkenal, After Hours XSCAPE ini sememangnya untuk anda!

Bagi yang berminat dan ingin mencuba After Hours XSCAPE ini, anda boleh dapatkan tiket yang berharga serendah RM40 untuk pembelian awal dan RM50 untuk pembelian di kaunter (walk-in). Tiket boleh dibeli melalui e-mel di kzkl.events@kidzania.com.my, terus di kaunter tiket KidZania Kuala Lumpur atau KidZania Kuala Lumpur hotline di 1 300 88 KIDZ (5439).

After Hour XSCAPE ini merupakan siri pertama anjuran Kidzania Kuala Lumpur dan mula di buka pada 27 Julai yang lepas. Namun, After Hours XSCAPE ini hanya di buka pada tarikh-tarikh tertentu sahaja iaitu hanya pada 3, 4, 10 dan 11 Ogos bermula pada jam 6.00 petang hingga 11.00 malam.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti ‘Role Play’ di dalam taman tema Kidzania Kuala Lumpur dan mencuba pelbagai jenis pekerjaan yang ada seperti menjadi ahli bomba, polis, doktor mahupun juruterbang. Pastinya aktiviti ini dapat memberikan anda peluang melepaskan tekanan dan menjadi kanak-kanak semula.

Berikut adalah komen daripada beberapa pengunjung yang telah mencuba aktiviti After Hours XSCAPE ini.
“Saya telah cuba semua aktiviti XSCAPE yang ditawarkan dan ianya agak mencabar dan menguji kefahaman serta kerjasama antara kumpulan. Malah, fasiliti untuk ‘role play’ yang disediakan menarik seolah-olah saya berada di dalam situasi yang sebenar.” – Aeman, 29

“Semua tema XSCAPE best! Paling mencabar rasanya tema ‘CSI’. Seronok sangat bermain seperti penyiasat bersama rakan-rakan. Boleh lupakan tekanan di tempat kerja sekejap.” – Sofia, 29

“Pengalaman saya main XSCAPE game tersebut merupakan sebuah pengalaman yang tidak dapat saya lupa kerana tidak sangka saya mempunyai sifat untuk menjadi seperti seorang detektif rupanya. Permainan yang begitu mencabar minda dan juga fizikal diri saya. Sangat seronok dan juga mendebarkan.” – Fiera, 26

“Pengalaman mencuba permainan ‘escape room’ yang mempunyai beberapa tema adalah sungguh mencabar. Permainan ini memerlukan ketangkasan kita berfikir selain dari kerjasama satu kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu persoalan. Saya juga dapat mencuba aktiviti ‘wall climbing’ yang sebenarnya direka khas untuk kanak-kanak. Petugas Kidzania sangat ramah , memudahkan perjalanan kami sepanjang berada di sana. Layanan yang diberikan kelas pertama.” – Anna, 29

“Tak rugi cuba semua aktiviti After Hours XSCAPE Kidzania ni! Permainan XSCAPE dia sangat susah dan mencabar minda! Walaupun kemudahannya untuk kanak-kanak, jangan ingat cabarannya mudah ya. Rasanya seperti kita sedang cuba selesaikan misteri dalam kehidupan sebenar. “ – Imee, 36

Apa tunggu lagi? Dapatkan tiket After Hours XSCAPE Kidzania anda sekarang!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!