92890

Perth, Western Australia Destinasi Percutian Mesra Muslim Harus Dilawati 2019 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Mencari destinasi menarik yang mesra muslim dan sesuai untuk percutian bersama keluarga dan rakan-rakan baik? Perth adalah jawapannya!

Ini adalah antara sebab kenapa Perth, Western Australia adalah destinasi percutian mesra muslim harus dilawati anda tahun ini.  

Restoran dan makanan tempatan halal yang wajib cuba!

Setiap kali melancong ke luar negara, pastinya mencari tempat makanan halal menjadi satu halangan buat semua Muslim. Syak wasangka dan ragu-ragu pasti ada tatkala mencari tempat mengisi perut yang kosong. Namun tidak di Perth, Western Australia kerana anda akan menemui pelbagai restoran yang menawarkan pilihan menu halal dan masakan tradisional seperti Chee Tayeb dan Kafe Insan. Malah, pelbagai jenis makanan tempatan yang halal juga boleh dicuba antaranya Corica’s Apple Strudel, Honey Cake, Morish Nuts di Swan Valley, Fish & Chips dan Lobster Shack.  

 

Koleksi gambar ‘Instagram-worthy’

Dikenali sebagai salah sebuah ‘cool city’ di Australia, pastinya kita ingin bergambar bersama pemandangan ikonik Kota Perth sebagai kenang-kenangan. Jangan ketinggalan untuk berswafoto #quokkaselfie di Pulau Rottnest dan dapatkan gambar ‘OOTD’ untuk akaun Instagram anda di beberapa tempat menarik seperti Blue Boatshed, The Pinnacles, Canal Rocks, Pink Lake (Hutt Lagoon), Nature’s Window (Kalbarri National Park), dan Elizabeth Quay (Spanda).

Kualiti masa bersama keluarga

Buat mereka yang gemarkan penggembaraan dan mesra keluarga, nikmati percutian pandu sendiri dimana anda boleh mendekati koala dan kangaroo di Caversham Wildlife Park, melihat ikan lumba-lumba di Mandurah, memberi haiwan makan dan memetik buah-buahan di Farmstays, terokai ‘maze’ terbesar di Perth – Amaze’n dan nikmati pemandangan dalam air di  Underwater Observatory, Margaret River dan Busselton Jetty.

Aktiviti mengujakan bersama BFF

Jika anda bercuti bersama teman-teman baik, abadikan di Perth dengan membuat sendiri pelembap bibir di Vasse Virgin dan merasai kesedapan coklat di Margaret River. Jangan lepaskan peluang melawat rumah api di Cape Naturaliste Lighthouse, kawasan berbatu The Pinnacles di samping mengunjungi dan bergambar di Canal Rocks, Hutt Lagoon dan Blue Boatshed. Malah, anda juga boleh menikmati suasana derasnya laut sepanjang lautan Hindi.

 

Syurga beli-belah

Bagi yang suka membeli belah dan mencari tawaran hebat, jangan ketinggalan daripada mengunjungi pasar hujung minggu di Fremantle, Hay Market, Direct Factory outlet, Westfield Carousel, Watertown Brand Outlet dan Murray Street Mall. Pasti anda rambang mata!  

 

Kemudahan tempat solat

Perth merupakan ibu negeri Australia Barat yang dikatakan ‘rumah’ untuk pelbagai agama dan juga cukup aktif dengan komuniti Islam. Masjid-masjid di Perth juga sudah lama dibina iaitu sejak tahun 1905. Jadi, tidak mustahil untuk pelancong Muslim mencari kemudahan untuk menunaikan ibadah solat di sana.

AirAsia kini menawarkan penerbangan ke Perth, Australia dari Kuala Lumpur setiap hari serendah RM299 sehala manakala pakej penerbangan dan penginapan hotel 5 hari 4 malam serta cukai dari hanya RM1,399 seorang.

Untuk nikmati lebih keselesaan dan pelbagai kelebihan lain, anda boleh memilih tempat duduk Premium Flatbed tanpa tag harga Premium dari hanya RM1,190 dengan faedah seperti elaun bagasi 40 kg, makanan, akses ke Premium Red Lounge, hiburan dalam penerbangan Xcite serta keutamaan daftar masuk dan menaiki pesawat.

Tunggu apa lagi, tempah tiket anda sekarang di airasia.com!

Untuk dapatkan segala maklumat, tips dan tempat mesti dilawati di Western Australia, klik sini!

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!