
/wp-content/uploads/2018/03/IMG_1030-683x1024.jpg)
Seorang lagi nama besar dalam dunia fesyen tempatan Carven Ong turut sama memeriahkan arena fesyen pengantin tempatan masa kini.
Dengan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, Carven tampil sebagai salah seorang pereka berbangsa Cina yang sudah lama mengungguli dunia busana dan gaya.
Untuk himpunan pengantin dan perkahwinannya, Carven nampaknya senang bermain dengan motif bunga-bungaan dan warna-warna lembut untuk membuat pengantinnya kelihatan lebih ayu dan manis.
Di sini Suria berkongsi beberapa rekaan pengantin Carven Ong yang menarik perhatian kami.