73107

#PETUA : Makanan Yang Perlu Wanita Ketepikan Ketika Datang Bulan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kalau boleh jangan main bedal semua benda, kena tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Menerusi Facebook Rahsia Hawaini antara 6 senarai makanan yang tidak digalakkan untuk diambil wanita semasa datang bulan.


  • Daging

Daging yang berlemak boleh menyebabkan kekejangan dan rasa sakit di bahagian rahim. Ia boleh menambahkan kesakitan pada senggugut anda. Jika anda ingin makan daging, gantikan daging berlemak dengan ayam ataupun ikan.

http://cdni.wired.co.uk/
http://cdni.wired.co.uk/

  • Ais Krim

Siapa yang tak sukakan ais krim, walau sakit macam manapun pasti ais krim dicarinya. Untuk pengetahuan anda, produk tenusu mengandungi lemak. Oleh kerana itu, ia memberi kesan yang sama seperti daging yang mempunyai lemak. Jika anda terasa nak makan ais krim, anda boleh cuba ais krim yang tidak mengandungi susu.

https://conniekitchen.files.wordpress.com
https://conniekitchen.files.wordpress.com

  • Snek/Kerepek

Snek seperti kerepek mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi. Kandungan sodium yang tinggi boleh menyebabkan perut kembang. 

http://www.eshastra.in
http://www.eshastra.in

  • Coklat/Biskut/Kek

Makanan bergula dikatakan boleh meningkakan mood seseorang tetapi ia hanya bertahan untuk sementara waktu sahaja. Kesan pengambilan gula dalam biskut atau kek boleh membuatkan senggugut jadi lebih teruk. 

https://www.12wbt.com
https://www.12wbt.com

  • Kopi

Anda pencinta kopi yang tegar? Mungkin sukar untuk meninggalkannya. Walaubagaimanapun, kafein merupakan salah satu penyebab senggugut. Untuk menggantikan kafein, anda boleh bertukar kepada teh kerana kandungan kafein yang terdapat dalam teh adalah lebih rendah. 

www.iran-daily.com
www.iran-daily.com

  • Minuman Bergas

Minuman bergas juga mengandungi kafein dan ianya tidak bagus bagi wanita yang sedang datang bulan. Selain itu, ia mempunyai kandungan gula yang tinggi dan ini boleh menambah kesakitan di perut. 

http://a57.foxnews.com
http://a57.foxnews.com

 

 

 

Sumber : wanista    |    Foto Kredit : janinehuldie

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!