85430

POP Hotel Bandara Soekarno Hatta Memudahkan Perjalanan Anda - Suria FM - Segalanya Hiburan

internetcorner1

Tampil dengan konsep dan jenama yang tersendiri, Pop! Hotel merupakan rangkaian hotel berharga rendah di bawah kumpulan syarikat Tauzia yang juga pemilik hotel-hotel Harris di Indonesia.

Buat para penumpang pesawat yang mendarat atau berangkat melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta dan terpaksa mencari penginapan terdekat dengan kemudahan serta harga terbaik, hotel ini adalah jawapannya.

Apa yang membezakan Pop! dengan Harris adalah harganya yang jauh lebih murah serta imejnya yang lebih muda dan ranggi. Ibarat ‘adik’ kepada hotel Harris, ia menawarkan perkhidmatan asas dalam dunia penginapan namun tetap berkualiti dan terjamin.

 

Memang banyak hotel zaman sekarang yang muncul dengan konsep ‘budget’ atau murah dan masih selesa didiami namun Pop! nampaknya menerajui hotel-hotel dengan konsep ini.

Terletak di Jalan Raya Bandara no.106, di Tangerang, Indonesia, Pop Hotel Bandara Soekarno Hatta adalah salah satu pilihan efektif untuk anda yang inginkan penginapan dengan harga termampu, kemudahan selesa dan lokasi yang dekat dengan Lapangan Antarabangsa Soekarno Hatta Jakarta (sekitar 10 minit dari lapangan terbang). Ia sangat ideal buat anda yang tidak mahu meredah kesesakan lalulintas Jakarta yang memang terkenal di pusat kota. Ia juga sesuai buat anda yang terpaksa melalui penerbangan transit di awal pagi dan perlukan tempat untuk berehat seketika.

Malah mereka juga mempunyai perkhidmatan pengangkutan percuma untuk menjemput dan menghantar para tamu dari dan ke lapangan terbang!

Selain harganya yang sangat menarik sekitar 300 ribu Rupiah (sekitar RM85), ia menawarkan bilik yang lebih luas daripada hotel murah biasa dan ditambah lagi dengan kemudahan-kemudahan terbaik untuk keselesaan para tamu.

Semua bilik lengkap dengan TV layar leper dan juga kemudahan wi-fi internet secara percuma, ia juga mempunyai sebuah bilik mandi yang unik dan kompak yang digelar ‘shower pod’ di dalam Bahasa Inggeris (bersesuaian dengan bentuk uniknya).

room1

Ini ditambah lagi dengan senireka dalamannya yang berwarna-warni serta lokasi strategiknya yang tidak jauh dari terminal lapangan terbang.

Lebih canggih lagi, perkhidmatan daftar-masuk atau ‘check-in’ dilakukan dengan iPad oleh para petugas hotel. Anda hanya perlu menandatangan di atas iPad dan segalanya beres.

lift1

Pop! Hotel juga merupakan hotel yang sangat mesra-alam. Ini kerana ia hanya menggunakan bahan bina yang selamat untuk alam sekitar, dan turut menggunakan tenaga suria (solar) di dalam hotel. Penggunaan kertas juga sangat minimal demi mengurangkan bahan buang dan sampah.

building3

Jadi kalau mencari hotel yang murah dan bersih berdekatan lapangan terbang antarabangsa Soekarno Hatta, pilihlah hotel ini! Ia akan memudahkan perjalanan anda!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!