91574

Pop! Hotel Kuta Beach : Pilihan Bijak Pengembara Generasi Baru - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bagi golongan generasi muda yang mula berjinak untuk mengembara dan melancong pastinya bajet merupakan satu aspek yang penting untuk merancang aktivti melancong.

Sekiranya destinasi anda adalah Kuta,Bali pilihan pelbagai hotel dan resort di paparan internet akan membuatkan anda tertanya-tanya manakah satu hotel yang sesuai dengan pilihan percutian anda.

Jika anda mahukan hotel yang berada di tengah pusat bandar Kuta, dengan gaya dekorasi moden serta harga yang berpatutan maka Pop! Kuta Hotel Beach adalah penginapan yang harus anda pilih.

Lokasinya yang strategik menjadi pilihan kepada ramai pelancong serta pengembara muda yang ingin merasai kemeriahan Jalan Legian di mana ia merupakan salah satu kawasan tersibuk di Kuta.

 

Dipenuhi dengan kafe, restoran dan juga pusat hiburan Pop! Hotel Kuta Beach juga sangat berhampiran dengan pantai Kuta yang sentiasa menjadi tumpuan aktiviti papan luncur air ataupun sekadar bersantai di tepi pantai.

Hotel ini dilengkapi dengan 223 bilik penginapan dengan konsep minimalist gaya moden sesuai dengan golongan muda yang inginkan bilik penginapan yang ringkas namun praktikal.

Bilik penginapan juga boleh memuatkan sehingga tiga orang pengunjung pada satu masa. Antara fasiliti lain yang terdapat di hotel ini ialah kolam renang, bilik mesyuarat, kafe dan kedai serbaguna untuk kegunaan penginap hotel.

Bagi pengembara generasi baru yang ingin melancong secara ekonomi pastikan Pop! Hotel Kuta Beach menjadi pilihan anda. Untuk maklumat lanjut layari www.pophotels.com

Sumbangan : Wan Azfarozza Wan Athmar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!