73262

Pretty Suci : Destinasi Kecantikan Halal - Suria FM - Segalanya Hiburan

img_2778

Prettysuci.com, kedai online kecantikan dan penjagaan kulit terbaru khusus produk diiktiraf halal telah dilancarkan. Idea disebalik penubuhan kedai online ini lahir daripada dua usahawan wanita yang gemarkan kecantikan, di mana ia menawarkan pelbagai produk kecantikan halal buat semua bukan sahaja dari Malaysia bahkan dari serata dunia seperti Australia, USA, Taiwan, Korea dan Indonesia.

Jenama seperti Make Over dan Wardah (Indonesia), Naveen (Taiwan), Amara Halal Cosmetics dan Tom’s Of Maine (USA), Kester Black (Australia), Talent Cosmetics (Korea) dan Prettysuci, So.Lek, Marcella + Co, Sorfina Hal dan Imaan Suci (Malaysia) telah mendapat sambutan hangat dari pengguna di negara masing-masing, kini boleh diperolehi melalui platform yang disediakan oleh Prettysuci.com.

img_2779

Dengan menghimpunkan pelbagai jenama dari luar, kedai online ini berharap dapat menyediakan pilihan yang hebat, produk berkualiti dengan tarikan antarabangsa. Sesiapa yang melayari Prettysuci.com pasti akan tertarik dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan bermula dari produk penjagaan kulit kepada maskara dan gincu bibir, kepada bedak asas dan pelembab serta pengilat kuku halal.

Tarikan produk halal ini juga menjangkaui peminat bukan Islam di serata dunia. Perkataan “halal” – yang bermaksud “dibenarkan” di dalam bahasa Arab – merujuk kepada perbuatan harian serta barangan (makanan dan bukan makanan) yang bebas daripada asas haiwan dan isi kandungan yang merbahaya seperti alkohol. Di samping itu, produk penjagaan kulit dan kecantikan haruslah cruelty-free.

Oleh itu, produk ini menjadi tarikan buat pengguna Islam serta bukan Islam dan sesiapa sahaja yang gemarkan produk berteraskan kesihatan, keseluruhan dan cara hidup yang alami. Kebangkitan barangan kecantikan dengan unsur organik, tumbuh-tumbuhan dan bebas-kekejaman menunjukkan bahawa terdapat kesedaran yang tinggi di kalangan pengguna yang mahukan maklumat berkenaan isi kandungn sesuatu barangan dan produk halal merupkan pilihan terbaik buat mereka.

Untuk perkembangan gaya terkini klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!