96712

Pullman Jakarta Indonesia : Mewah dan Meriah di Tengah Kota - Suria FM - Segalanya Hiburan
Berkedudukan di tengah-tengah bandaraya Jakarta, Pullman Jakarta tersergam megah menghiasi latar belakang bulatan H.I. Berdekatan dengan pusat membeli-belah Plaza Indonesia serta Grand Indonesia, hotel berjenama antarabangsa ini terus menjadi tumpuan mereka yang ingin bermalam dalam suasana mewah dan selesa.
Pullman Jakarta telah lama juga membuka pintunya beberapa tahun yang lalu. Kini ia menjadi antara pilihan terulung bagi tempat penganjuran mesyuarat-mesyuarat terpenting di ibunegara Indonesia ini. Sering juga menjadi tumpuan komuniti elit serta para profesional antarabangsa, hotel bertaraf lima bintang ini tersenarai sebagai salah satu hotel paling mewah di Jakarta.
Lebih-lebih lagi sejak adanya sistem pengangkutan awam MRT di Jakarta, hotel ini kini terletak betul-betul di hadapan stesen MRT Bundaran HI yang memudahkan tamu untuk melawat kota Jakarta dari perkarangan hotel!

Hotel ini mempunyai 427 buah bilik yang luas termasuk beberapa suite dan unit berkonsep pangsapuri. Kesemua bilik-biliknya diberi sentuhan gaya kontemporari bagi memenuhi keselesaan setiap tamu yang datang.

Senireka dalaman serta hiasannya juga menerapkan unsur-unsur moden masa kini. Sejajar dengan tarafnya sebagai sebuah hotel lima bintang yang eksklusif, setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan teknologi tercanggih yang merangkumi sambungan internet wi-fi, TV LCD, dan macam-macam lagi. Kelengkapan bilik mandi juga menggunakan barangan berkualiti tinggi serta barangan berjenama mewah yang lain.

Untuk tujuan menjamu selera pula, Pullman Jakarta menawarkan ajnas pilihan untuk bersantap. Ini termasuklah restoran Sana Sini: bagi tujuan sarapan, makan tengah hari dan makan malam, dan juga sebuah restoran Jepun iaitu Restoran Kahyangan. Tidak dilupakan juga adalah The Back Room bagi mereka yang ingin menikmati minuman sambil bersantai , dan juga Le Chocolat.

Selain kolam renangnya dan juga pusat kesihatan serta senaman, hotel ini turut dilengkapi dengan ruangan mesyuarat buat pelbagai kegunaan. Ia juga sering menjadi pilihan untuk penganjuran acara-acara besar seperti perkahwinan dan seumpamanya.

Dengan pemandangan terhebat bandaraya Jakarta dari setiap jengukan jendela, hotel ini memang sesuai menjadi tempat penginapan buat mereka yang menghargai perkhidmatan berkualiti tinggi. Sekiranya berpeluang ke Jakarta, bermalamlah di Pullman Jakarta kerana pengalamannya tidak akan anda lupakan!
Artikel sumbangan: Shah Shamshiri
Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!