85337

Putus Cinta? Jom Lihat Antara Cara Terbaik Untuk 'Move On' - Suria FM - Segalanya Hiburan

Ada segelintir daripada kita bila putus cinta sahaja, mesti nak larikan diri, ada niat untuk bunuh diri dan sebagainya. Eh, jangan nak ber-drama tau! Apa yang anda kena lakukan adalah MOVE ON!

Tak kisahlah betapa sedihnya perpisahan itu tetapi anda kena terus bangkit dari kesedihan dan teruskan kehidupan anda. Putus cinta tak bermakna segala-galanya sudah berakhir. 

Sejujurnya bukan senang mahu move on, tetapi pucuk pangkalnya pada diri anda sendiri. Jom kita lihat antara tisp terbaik untuk anda kekal bahagia tanpa si dia menurut si cantik, Michelle Phan.

Benda Dah Lepas, Biarkan Lepas

Belajar untuk padam semua gambar anda berdua dan gambarnya. Percayalah, anda tidak akan dapat memulakan hidup baru jika anda terus ‘manjakan’ diri anda untuk memikirkan tentang si dia. Jangan toleh ke belakang lagi!

Memaafkan

Sakit mana sekali pun, cubalah belajar untuk memaafkan individu itu. Sampai bila anda nak bawa rasa marah? Percayalah, bila anda sudah mula memaafkan, hidup anda akan menjadi lebih tenang. Hidup hanya sekali. Jangan buang masa!

Tukar Keadaan Fizikal & Sekeliling

Mungkin anda boleh tukar gaya rambut dan fesyen untuk memberikan nafas baru. Buat apa nak ‘tinggal’ dalam memori lama kan? Mulakan hidup baru dengan cara baru. Haaa baru ada kelas!! Hehe. 

Sentiasa Senyum

Senyuman dapat merangsangkan aura positif dalam diri seseorang. Jadi, tunggu apa lagi? Senyum, walaupun hati anda terluka kerana sedikit demi sedikit ia akan mengubah jiwa anda.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Wanista

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!