73235

Qurta 'Hipster' By Sweet Aiman Hadiah Kepada Peminat - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi remaja popular tanah air, Aiman Tino di bawah label Sweet Aiman telah mengeluarkan ‘qurta khasnya sendiri’ sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Qurta yang berkonsepkan hipster ini telah diberi nama Qurta Univercity dan ia terhasil dari cetusan idea Aiman sendiri.

unnamed-1

Menurut Aiman, selepas beliau mengeluarkan produk kosmetik Sweet Aiman yang lebih terarah kepada wanita, kini beliau mahu tampil dengan produk yang boleh digunakan oleh para jejaka.

Apa yang lebih menarik mengenai qurta ini adalah, ia boleh dipakai oleh lelaki dan wanita.

 

unnamed-11

Pemilihan rekaan dan corak qurta ini adalah inspirasi Aiman Tino bersama Dato’ Ryzal Jamaludin, iaitu pengasas produk Wonder Glow.

unnamed-3

Aiman memilih konsep hipster ini kerana ia menampilkan elemen keselesaan dan kasual bagi semua peringkat umur.

unnamed-2

Terdapat dua jenis rekaan di mana setiap rekaan mempunyai lima warna berbeza yang dipilih oleh Aiman sendiri. Saiznya pula bermula dari XS sehingga XL.

unnamed-12

Sasaran jualan untuk qurta ini adalah 50,000 sehingga 100,000 helai bergantung kepada permintaan.

unnamed-13

Bagi memeriahkan lagi jualan Qurta by Sweet Aiman dan Sweet Aiman Mineral Cushion, satu peraduan telah dianjurkan bagi menghargai pembeli yang menyokong produk ini.

unnamed-4

Peraduan yang diberi nama ‘Soul to Seoul Contest Sweet Aiman’ itu menawarkan hadiah utama berupa sebuah kereta Toyota Vios, percutian ke Korea serta wang tunai RM10,000.

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu mengimbas QR CODE yang tertera dibelakang kotak produk atau ‘tag’ pakaian. Segala maklumat akan terpapar selepas anda mengimbas QR CODE tersebut. Pembeli juga perlu menyimpan resit pembelian dan nombor ID Sweet Aiman sebagai bukti pembelian.

Pemenang akan diumumkan pada bulan September 2017 nanti.

unnamed-14

Bagi peminat Aiman Tino yang ingin mendapatkan koleksi Qurta by Sweet Aiman ini, anda boleh mendapatkannya di pasaraya Mydin terpilih di seluruh negara dengan harga RM79.90 sahaja ataupun boleh mendapatkannya daripada stokis-stokis yang terpilih.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!