96692

Raikan Cinta Bulan Ini Dengan Seleksi Drama Menarik Di Dimsum Entertainment - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bulan Februari datang lagi. Selain mempunyai jumlah hari yang paling sedikit berbanding bulan-bulan lain, Februari juga cukup sinonim dilabel sebagai bulan kasih sayang. Justeru, bagi meraikan kehadiran bulan yang dinantikan ramai ini, dimsum entertainment menyediakan pelbagai kandungan menarik, sesuai untuk tontonan anda bersama orang tersayang.

Pernah terfikir tentang kewujudan bidadari? Pada kebiasaannya, bidadari digambarkan sebagai seorang wanita cantik yang mempunyai sayap dan tinggal di atas langit. Namun, lain pula kisahnya dengan drama bersiri terbaharu dari Thailand berjudul Angel Beside Me.

Dilakonkan oleh Jayler dan Jane Ramida, Angel Beside Me yang bergenre romantik komedi ini pasti mengusik hati kecil anda.

  • Angel Beside Me | Tayangan serentak setiap Sabtu

Mula ditayangkan pada penghujung bulan Januari lalu, Angel Beside Me mengisahkan tentang seorang bidadari lelaki bernama Michael Lansala Donachist Na-Ares yang jatuh ke bumi, dan berjumpa dengan seorang wanita yang kecundang dalam hidup bernama Lin. Ironi, pertemuan mereka berdua berlaku dalam keadaan yang agak luar biasa. Michael jatuh ke bumbung rumah Lin ketika Lin mahu membunuh diri. Michael memberikan cincin miliknya kepada Lin supaya Lin boleh menjual cincin tersebut dan menggunakan wang yang didapati untuk tujuan pembelajaran di kolej. Lin memberi nama samaran Somchai kepada Michael dan dalam diam, Lin menyenangi kehadiran lelaki asing itu dalam hidupnya.

Pelakon:JJ ‘Jayler’ Kritsanapoom Pibunsonggram, Jane Ramida Jiranorraphat, Mek Jirakit Thawornwong, Mook Worranit Thawornwong, Dan Worrawech Danuwong, Jamie Juthapich

 

 

  • Sea of Greed | Episod Lengkap | 27 Episod

Ekarin kehilangan isteri, Dujdao dan anak perempuannya di lautan. Namun, kehilangan dua insan yang disayanginya itu terkait rapat dengan keengganan Pawinee untuk menyelamatkan mereka. Tahun demi tahun berlalu, Ekarin mengahwini Pawinee dan mereka dikurniakan anak bernama Pat. Masa pun berganti, seorang gadis bernama Fahsai memulakan kerjayanya di hotel. Namun, Fahsai mengingatkan Ekarin kepada isterinya yang telah hilang. Pawinee naik darah kerana menganggap Ekarin menyimpan perasaan terhadap Fahsai. Pawinee merancang untuk cuba membuat Fahsai dipecat. Namun, Pat menjadi sangat rapat dengan Fahsai. Bagaimanakah Pawinee melangsaikan rancangan jahatnya? Adakah Ekarin dapat mengetahui tentang kejadian sebenar di sebalik kematian isteri dan anaknya?

Pelakon:Vill Wannarot Sonthichai, Jespipat Tilapornputt, Phiyada Akarasenee, Saksit Tangthong, Amy Klinpratoom, Point Cholawit Meetongcom

  • Behind the Mask | Episod Lengkap | 23 Episod

Seorang gadis bernama Natda dan Lookkaew terlibat dalam kemalangan. Ibu kepada Lookkaew, Rachawadee mengarahkan Dr. Goson supaya menjalankan pembedahan plastik terhadap Natda, dan meminta doktor tersebut mengubah wajah anaknya menyerupai Lookkaew. Apabila tersedar daripada pembedahan, Natda yang kini berwajah baharu hilang ingatan. Dia juga mendapati bahawa dia kini sudah bergelar tunangan kepadangan seorang lelaki bernama Ratt. Begitupun, Natda yang kini berwajah Lookkaew dimarahi oleh Ratt kerana lelaki itu percaya yang Lookkaew berlaku curang kepadanya.

 Pelakon:Film Thanapat Kawila, Aniporn Chalermburanawong, Hongmanop Phutanate, Hongmanop Phutanate, Piyathida Mittiraroch, Norraphat Vilaiphan, Maprang Alrisa Kunkwaeng

  • Brother of the Year | Filem

Chut, seorang abang yang sangat menitik beratkan tentang keselamatan adiknya, Jane. namun, sikap terlalu mengongkong abangnya itu membuatkan hubungan percintaan antara Jane dan kekasih, Moji menerima beberapa siri gangguan. Chut berasa risau jika dia tidak mampu memutuskan hubungan Jane dan Moji dan menyebabkan kekalahannya terhadap teman lelaki adiknya itu. Apakah pengakhiran kisah dua beradik ini? Adakah Chut berjaya membuatkan teman lelaki adiknya lari? Saksikan Brother of the Year di dimsum entertainment.

Pelakon: Sunny Suwanmethanon, Yaya Urassaya Sperbund, Nichkhun Buck Horvejkul, Manasaporn Chanchalerm, Witaya Jethapai, Billkin Putthipong Assarantanaku

 

Saksikan lebih banyak drama-drama dan filem menarik sepanjang Februari ini! Hanya dengan memasukkan kod FREEJER ketika mendaftar di dimsum entertainment, pelanggan bakal menikmati langganan percuma selama tiga bulan. Log masuk ke www.dimsum.asia untuk mendaftar. Promosi tamat pada penghujung Mac.

Untuk maklumat lanjut mengenai terma langganan dan informasi, layari www.dimsum.asia, Facebook rasmi dimsum entertainment (facebook.com/dimsum.ent), Instagram (@dimsum.ent) dan Twitter (@dimsumasia).

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!