89053

Raikan Malaysia Bersama Mydin dalam MyMerdeka - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

Bersempena dengan bulan kemerdekaan dan kebangsaan negara kita Ogos ini, jenama tersohor Malaysia, MYDIN ingin mengajak semua rakyat Malaysia untuk turut serta menyemarakkan perayaan ini.

Sejajar dengan usia MYDIN yang ‘lahir’ pada tahun yang sama dengan negara Malaysia, jenama kesayangan ramai itu bakal mengadakan pelbagai aktiviti dan peraduan menarik buat semua rakyat Malaysia yang mengunjungi MYDIN dan ingin turut serta.

Tahun ini MYDIN selaku syarikat kelahiran tempatan dan juga rangkaian peruncitan terbesar di Malaysia sekali lagi diberi kepercayaan oleh Jabatan Penerangan Malaysia untuk bekerjasama dalam mengadakan program MyMerdeka di lima buah cawangan MYDIN bermula dengan Bukit Mertajam pada tiga hingga lima Ogos, diikuti dengan Subang Jaya pada 16 hingga 19 Ogos, serta Meru Raya di Ipoh pada 30 Ogos hingga 1 September 2018. Ini kemudian akan diteruskan di cawangan Mutiara Rini, Skudai Johor dari enam hingga lapan September 2018 dan bakal berakhir di Petra Jaya, Kuching dari 14 hingga 16 September 2018.

Program yang diadakan untuk tahun ketiga ini bertujuan meraikan kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas, aman dan makmur serta mampu memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

Majlis Perasmian MyMerdeka telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Yang Berhormat Tuan Eddin Syazlee Shith. Turut hadir adalah ADUN Subang Jaya, Puan Michelle Ng. Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Bin Mydin, Ketua Pegawai Maklumat The Star, Esther Ng. Pengurus Kanan Suria FM, Roslinda Bt Majid dan Pengurus Besar Malaysia Book of Records, Mohamad Alex Edward Jamuh Abdullah.

Sehubungan dengan itu, bertemakan Raikan MalaysiaKu, MYDIN telah menyediakan pelbagai aktiviti dan peraduan yang menarik buat pelanggan-pelanggan kami bagi memastikan sambutan hari kebangsaan dirai dengan meriah di cawangan- cawangan MYDIN di seluruh negara. Antara aktiviti- aktiviti menarik yang diadakan ialah:

1. Kempen MyPledge


 MyPledge ialah inisiatif MYDIN bagi mengajak rakyat Malaysia menyatakan ikrar
merdeka mereka kepada negara.
 Mensasarkan pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records dengan sasaran
sebanyak 500 000 ikrar merdeka rakyat Malaysia dalam tempoh 1 bulan.
 Para tetamu kehormat akan turut serta menyatakan ikrar merdeka mereka di papan
MyPledge.
 Nota ikrar boleh diperolehi dari kaunter informasi atau kaunter perkhidmatan pelanggan.
 Kakitangan MYDIN di semua cawangan seluruh Malaysia akan mula menulis dan
menampal ikrar merdeka mereka secara serentak di cawangan masing-masing tepat pukul
11.00 pagi pada 16 Ogos 2018.
 Pelanggan MYDIN dan seluruh rakyat Malaysia boleh menulis ikrar merdeka mereka
untuk negara dan menampal di papan MyPledge yang disediakan di 63 cawangan
MYDIN di seluruh negara.
 Papan tersebut juga akan ditempatkan di bangunan rakan media iaitu Menara The Star,
Sinar Harian,dan Suria FM sebagai tanda sokongan mereka terhadap kempen MYDIN
MyPledge ini.
 Mereka juga boleh menyatakan ikrar merdeka mereka melalui platform e-ikrar dengan
mengimbas kod QR yang terdapat pada platform media sosial kami di Facebook,
Instagram dan Twitter @mydinmalaysia atau layari terus laman sesawang kami di
www.mydin.com.my. E-ikrar ini akan ditulis semula dan dilekatkan di papan ikrar yang
terletak di cawangan MYDIN.
 Kempen ini bermula 16 Ogos 2018 dan berakhir pada 16 September 2018. 61 ikrar
terbaik dan bermakna akan dikongsi kepada orang ramai melalui media sosial. Kesemua
61 ikrar merdeka terbaik ini akan menerima nombor plat PATRIOT dan baucar membelibelah
MYDIN.


2. Shop, Collect & Redeem 2018
 Pelanggan akan mendapat 1 setem bagi setiap pembelian bernilai RM30.
 Tambahan 1 setem bonus sekiranya pembelian termasuk sekurang-kurangnya satu produk
penaja yang terlibat (Nestle, P&G,UNILEVER,F&N,KOPIKO,MAMEE,Anlene dll)
 Kumpul 5 setem dan tebus bekas makanan daripada koleksi Maitre Chef, Bakeware
dengan harga RM 23.90 (0.8L), 29.90 (1.0L) dan RM 32.90 (1.3L). Koleksi Maitre Chef
ini boleh digunakan di dalam Microwave. Harga penebusan yang ditawarkan adalah
setelah 70% diskaun dari harga asal.
 Kad penebusan boleh didapati di kaunter pembayaran cawangan-cawangan MYDIN
yang terlibat.
 Penebusan boleh dibuat di semua pasar raya besar MYDIN dan SAM’s Groceria
(Semenanjung Malaysia sahaja).
 Pembelian hanya boleh dibuat bermula dari 1 September 2018.
 Tempoh sah bagi penebusan Shop, Collect & Redeem ini bermula dari 16 /8/2018 hingga
30/11/2018.

3. Shop, Fly & Drive 2018
 Shop, Fly & Drive ini adalah merupakan tahun kedua ianya diadakan.
 Pelanggan berpeluang memenangi hadiah lumayan dengan pembelian serendah RM150
dengan 2 gabungan resit dari mana-mana cawangan MYDIN atau mana-mana tenant
dalam cawangan MYDIN yang sama. Pembelian RM 150 mesti disertakan bersama
pembelian produk PANTENE daripada pasar raya MYDIN.
 Hadiah yang ditawarkan ialah 6 buah Kereta PROTON SUPRIMA Turbo 1.6T, 12 buah
Motosikal MODENAS, 12 Tiket Penerbangan Pergi Balik (Kuala Lumpur-Phuket-Kuala
Lumpur), Set Kalung Mutiara daripada Wah Chan, Baucar beli belah MYDIN dan
banyak lagi.
 Selain daripada itu, peraduan ini juga akan memilih pemenang mingguan selama 8
minggu berturut- turut yang akan memenangi baucar membeli-belah MYDIN bernilai
RM 30,000 keseluruhannya.
 Kempen ini mendapat kerjasama baik dari rakan penaja kami iaitu Proton Edar Sdn Bhd,
Modenas, Syarikat Penerbangan Malindo, Amazon Event Management, Khin Guan
Corporation Sdn Bhd, dan Wah Chan.
 Tempoh peraduan berlangsung selama 2 bulan, bermula dari 16 Ogos 2018 hingga 16
Oktober 2018.
 Tarikh cabutan bertuah bagi memilih para pemenang akan diadakan pada 24 Oktober
2018. Penyampaian hadiah akan berlangsung di enam lokasi MYDIN iaitu di MYDIN
Meru Raya, Ipoh, Perak, MYDIN Taman Batik, Sg Petani, Kedah, MYDIN Mutiara Rini,
Skudai, Johor , MYDIN Seremban 2, Negeri Sembilan, MYDIN Gong Badak,
Terengganu, dan MYDIN Petra Jaya, Sarawak. Pemilihan lokasi di atas adalah mengikut
zon.

4. Suria FM Dominasi Stesen Radio
 “MYDIN@SURIA”, Raikan MalaysiaKu akan bersiaran pada 17 Ogos 2018 bermula
dari pukul 6.00 pagi hingga pukul 1.00 pagi (18/8/18).
 Pengarah Eksekutif MYDIN MOHAMED Holdings Berhad, Tuan Ahimmat Bin Mydin
akan bersiaran secara langsung pada pukul 8.30 pagi.
 Orang ramai berpeluang mengikuti promosi, aktiviti dan program istimewa yang
dianjurkan MYDIN sempena Hari Kebangsaan ini yang akan ke udara di Suria FM.
 MYDIN juga akan memberikan hadiah baucar beli belah MYDIN bernilai RM 100
kepada pemanggil yang bertuah.

Dan pada 18 Ogos 2018 nanti, SURIA FM akan mengadakan siaran luar secara langsung di perkarangan pasaraya MYDIN USJ Subang Jaya bermula jam 3 petang.

Inilah masanya untuk anda melihat sendiri bagaimana penyampai-penyampai SURIA bertugas secara langsung di hadapan mata.

Selain itu, anda juga bakal dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi popular tempatan seperti Ratu Rock Ella, Datin Alyah, Siti Nordiana, Lan Solo dan Kaka Azraff.

Dan buat pertama kalinya anda bakal berpeluang untuk bertemu dengan penyampai baru SURIA iaitu Issey yang merupakan penyampai untuk Team Pagi Suria bersama Shahrol Shiro dan Fizi Ali.

Jadi jangan lepaskan peluang ini kerana anda pasti terhibur dengan telatah penyampai-penyampai SURIA dan terhibur dengan persembahan artis-artis popular. Jumpa anda di sana ya!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!