89128

Ramada Suites Auckland : Harga Berpatutan dan Hotel Menyenangkan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kedudukan bandaraya Auckland sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di New Zealand telah membawa kepada pembinaan ratusan hotel di negara tersebut. Banyak jenama-jenama hotel antarabangsa yang tumbuh bagaikan cendawan di situ.

Salah satu hotel yang dimaksudkan adalah Ramada Suites Auckland yang terletak di kawasan utama bandar raya Auckland di Federal Street. (Di kawasan pusat Auckland).

Hotel ini mempunyai bilik dengan konsep suite di mana semuanya mempunyai ruangan dapur dan setiap bilik mempunyai senireka dalamannya yang mengikut tema kontemporari masa kini.

Kesemua bilik dilengkapi TV LCD dan semestinya sambungan wi-fi percuma. Ini diperhebatkan lagi dengan kelengkapan dapur jika ingin menginap lebih lama dan memasak sendiri. Kelebihan ini sangat sesuai bagi mereka yang bercuti beramai-ramai ke sana dan ingin menjimatkan perbelanjaan makanan.

Malah mereka turut mempunyai kemudahan untuk mencuci dan mengeringkan di dalam bilik juga. Mereka juga boleh membantu dengan urusan tiket dan penjelajahan sekitar bandar Auckland.

Terletak di tengah kawasan utama pusat bandar Auckland dan berdekatan dengan menara tinggi Sky Tower, hotel ini juga tidak jauh dari kafe-kafe serta restoran menarik di sekitarnya untuk memenuhi pasaran pelancong yang semakin ramai di Auckland selain daripada tetamu yang datang bagi tujuan perniagaan luar negara.

Kesimpulannya, Ramada Suites di Auckland memang sesuai buat pelancong alaf baru masakini yang mahukan kelainan dan kemudahan dalam penginapan kala bercuti. Tetap gah, tetap moden namun suasananya berbeza dan lain daripada yang lain.

Andai berpeluang ke Auckland dan ingin mencari penginapan yang lengkap serta praktikal pada harga yang berpatutan, bermalamlah di Ramada Suites Auckland untuk mengalami keselesaannya!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber