73266

Ramadan di Kota Singa - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-06-20-at-12-21-23-pm-3

Singapura sememangnya menjadi salah satu destinasi percutian paling sering dikunjungi rakyat Malaysia kerana jaraknya yang sangat dekat dengan perbatasan negara kita. Namun kalau ke kota singa tersebut di bulan Ramadan ini, lupakan seketika kawasan Orchard Road dan cubalah satu pengalaman yang baru di bazar-bazar Ramadan Singapura.

 

whatsapp-image-2017-06-20-at-12-21-23-pm-6

Baru-baru ini syarikat Suka Sucre milik Dato Fazley Yaakob telah membawa wakil Suria bersama beberapa teman media lain ke Singapura untuk mengalami dan melihat sendiri kemeriahan serta kelainan yang berlangsung di bazar-bazar Ramadan mereka.

 

whatsapp-image-2017-06-20-at-12-21-23-pm-7

Seperti yang kita ketahui, jumlah komuniti Melayu dan Islam di Singapura tidaklah seramai kita di Malaysia, dan sebagai kaum minoriti, bulan puasa adalah satu-satunya waktu di mana mereka mempunyai lebih banyak pilihan untuk membeli-belah buat persiapan Aidilfitri di bazar-bazar ini.

whatsapp-image-2017-06-20-at-12-21-23-pm-1

Diketuai oleh penyanyi popular kelahiran Singapura, Imran Ajmain dan juga Dato Fazley sendiri, kami telah dibawa bersiar-siar ke kawasan Geylang, selepas selesai berbuka puasa. Di sana  kami menyaksikan sendiri keunikan bazar Ramadan yang agak berbeza dengan bazar Ramadan kita di Malaysia.

whatsapp-image-2017-06-20-at-12-21-23-pm-2

Pertama sekali, bazar Ramadan mereka bukan sahaja menjual makanan tetapi juga pakaian, kelengkapan rumah seperti perabot, langsir serta permaidani, malah kereta juga ada dijual di situ. Kawasan bazar mereka juga sangat besar dan memakan waktu yang agak lama bermula dari petang sekitar jam lima sehinggalah awal subuh. (Jika ingin mengunjungi setiap satu gerai ia memerlukan waktu yang agak panjang juga). Namun pilihan barangan yang dijual memang jauh lebih banyak dari bazar-bazar Ramadan di Malaysia.

whatsapp-image-2017-06-20-at-12-21-23-pmwhatsapp-image-2017-06-20-at-12-21-23-pm-4

Yang paling ketara adalah pilihan makanan dan minuman yang dijual di kawasan tersebut. Jika di Malaysia kita sering melihat kuih-muih dan lauk-pauk yang sama di hampir setiap bazar atau gerai, di Singapura ada terlalu banyak makanan unik yang dijual. Dari Churos bersalut kuah ketam bercili, sotong cucuk goreng rangup, sehinggalah aneka aiskrim dan juga minuman yang jarang atau tidak pernah kita lihat di Malaysia. Malah kami diberitahu oleh Dato Fazley bahawa daging ‘dendeng’ yang dijual di bazar mereka juga sangat lazat. Banyak juga pilihan makanan ala barat yang dijual di situ.

whatsapp-image-2017-06-20-at-12-21-22-pm

Selain daripada itu, suasana jualannya juga sangat meriah dan muhibah kerana bukan sahaja golongan Melayu yang menjual tetapi bangsa-bangsa lain juga turut serta. Yang penting, semua produk yang dijual adalah halal dan selamat untuk dikonsumsi oleh pengunjung Muslim.

whatsapp-image-2017-06-20-at-12-21-22-pm-3

Di samping Geylang, sebuah lagi kawasan bazar Ramadan popular di bulan puasa adalah Arab Street. Biarpun kawasan bazarnya jauh lebih kecil, namun pilihannya tidak menghampakan juga. Terletak berdekatan Masjid Sultan yang terkenal di kalangan pelancong, kemeriahan di situ tidak kurang hebatnya.

whatsapp-image-2017-06-20-at-12-21-22-pm-4

Terdapat banyak juga gerai-gerai yang mempunyai pelanggan yang ramai sehingga sanggup beratur panjang untuk mendapatkan makanan yang mereka mahu.

whatsapp-image-2017-06-20-at-12-21-22-pm-1

Jelas ternyata, kami benar-benar terhibur dengan kembara kecil ini dan ingin berterima kasih kepada pihak Suka Sucre kerana sudi mengundang wakil Suria ke Singapura di bulan Ramadan dan memberi peluang kepada kami untuk mengalami kemeriahan serta riuh-rendah bazar Ramadan Singapura.

whatsapp-image-2017-06-20-at-12-21-22-pm-2

“Terima kasih daun keladi, ada rezeki undanglah lagi!”

 

Untuk lebih banyak ulasan destinasi pelancongan serta hotel sila klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!