91530

Rasa Itali Sebenar - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini Agensi Perdagangan Itali atau The Italian Trade Agency bersama dengan kedutaan Itali di Malaysia telah menganjurkan sebuah acara khas yang dikenali sebagai ‘The Extraordinary Italian Taste’ untuk mempromosi masakan asli dari Itali. Acara yang telah berlangsung selama seminggu telah dimulakan di sebuah upacara pelancaran di restoran Curate, di salah sebuah hotel terbaru Kuala Lumpur, iaitu Four Seasons Kuala Lumpur.

Ia telah menyaksikan kehadiran tukang masak berbintang Michelin Chef Daniele Repetti dari Il Nido del Picchio (Itali), yang telah menyediakan pelbagai hidangan lazat di beberapa tempat makan terkenal. Ia turut menampilkan pakar nutrisi Dr. Rolando Bolognino, yang sama-sama menjelaskan khasiat yang terdapat dalam sajian tersebut.

“The Extraordinary Italian Taste” merupakan sebuah jenama dan inisiatif yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pertanian serta Kementerian Pembangunan Ekonomi Itali dengan tujuan menghadkan peniruan masakan Itali sebanyak mungkin dan secara tidak langsung mempromosikan masakan asli dan sebenar buatan Itali.

Kempen ini dilancarkan di seluruh dunia dengan tujuan yang sama untuk memperkenalkan lagi citarasa sebenar sajian Itali.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!