73258

'Raya For All' dari Tudung People - Suria FM - Segalanya Hiburan

tp_fshow-1

Merekacipta semula unsur klasik, dan mendefinisikan kecantikan untuk semua wanita berkerjaya atau pelajar; berkahwin, tunggal, atau seorang ibu. Itulah antara misi koleksi Aidilfitri jenama tudung ‘Tudung People’.

tp_fshow-10

Koleksi Raya 2017 mereka ini merekodkan koleksi yang memberi banyak pilihan sepanjang kemunculan label Tudung People. Dari cetakan khas bermotifkan floral sehingga ke perhiasan seperti batu Swarovski serta Jemeki kristal dan tidak lupa juga dengan gaya hijab yang asas. Tudung People hijab dibuat untuk anda semua!

tp_fshow-15

Menurut Fazrena, pengasas Tudung People, jenama ini bermula dengan dirinya sendiri dan juga adiknya, Fazly. Daripada beroperasi di rumah mereka mengisi pesanan secara manual dan menghantar barangan kepada pengguna secara sendiri.

tp_fshow-18

Tudung People ditubuhkan pada tahun 2011, apabila Fazrena belajar di UIAM. Di sana, Fazrena belajar untuk memakai hijab dengan betul, iaitu melitupi dada. Dia juga merasakan selendang di pasaran terlalu kecil untuk dipakai kerana kebanyakannya pendek manakala selendang yang luas pada masa itu hanyalah pashmina.

tp_fshow-63

Pashmina terlalu tebal dan tidak praktikal untuk dipakai dalam cuaca panas di Malaysia, terutamanya bagi pelajar yang berjalan di sekitar kampus untuk pergi ke kelas. Oleh itu, Fazrena mula membuat selendang lebih luas dan menjual menjualnya di laman Facebook. Dengan mengumpulkan beberapa orang rakan-rakannya sebagai model tudung, Fazrena juga menerima bantuan daripada rakan-rakan yang membuat fotografi. Di situ lah bermulanya Tudung People.

tp_fshow-47

Selain itu, Tudung People juga merupakan jenama tudung pertama yg mengeluarkan dua saiz selendang iaitu sederhana dan bersaiz lebar bagi mereka yang menyukai litupan yang menyeluruh.

Dengan saiz yang sederhana, mereka mula membuat selendang lebih luas (L & Extra Large) untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat lebih tinggi. Tudung mereka boleh dipakai untuk apa-apa jenis majlis sama ada kasual, formal, glamor, atau sporty.

Tudung People mempunyai 12 pengedar antarabangsa iaitu daripada negara terdekat seperti Brunei, Singapura, dan kemudian berkembang jauh sehingga ke Jepun, Arab Saudi, New Zealand, dan Amerika Syarikat.

Koleksi Tudung People boleh didapati di Fashion Valet.

Untuk lebih banyak berita fesyen dan kecantikan klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!