73348

Restoran Parathai Ibarat Syurga Makanan Thailand - Suria FM - Segalanya Hiburan

Masakan Thailand adalah antara masakan yang paling popular di dunia. Sebut sahaja Tom Yam, satu dunia tahu akan kelazatan resepi asli dari bumi gajah putih ini.

Di Malaysia juga, di mana-mana sahaja anda boleh dapati gerai atau restoran yang menjual makanan Thailand. Malah anda boleh dapati di tepi jalan juga.

Namun tidak semua kedai atau restoran yang menyediakan hidangan yang resipinya diambil dari Bangkok. Kebanyakan gerai Tom Yam yang ada di Malaysia menggunakan resipi dari selatan Thailand.

Restoran Parathai  menawarkan sajian makanan Thailand asli dari bumi Bangkok.

screen-shot-2017-10-26-at-7-11-53-pm

SURIA berpeluang untuk merasai sendiri kelazatan makanan yang disediakan restoran Parathai ini. Restoran ini terletak di bangunan Glomac Damansara bersebelahan dengan pusat beli belah Tropicana City.

screen-shot-2017-10-26-at-7-13-14-pm

screen-shot-2017-10-26-at-7-15-09-pmChef yang bertugas di restoran Parathai ini dibawakan khas dari Thailand untuk memastikan rasa makanan yang disediakan 100 peratus sama seperti di sana.

Reka bentuk serta hiasan dalaman di restoran ini juga menerapkan ciri-ciri tradisi yang terdapat di Thailand sekaligus memberi suasana seolah-olah sedang bersantap di bumi Thailand.

screen-shot-2017-10-26-at-7-14-10-pm

Sebagai pembuka selera, SURIA dihidangkan dengan sepinggan lengkap pembuka selera yang diberi nama ‘Parathai Mixed Appetizer’. Rasa kek ikannya begitu asli dan sangat berbeza dengan kek ikan yang ada di negara kita. Sangat sedap!

screen-shot-2017-10-26-at-6-44-55-pm

Menariknya di restoran Parathai ini, ia ada menyediakan minuman yang diberi nama Tom Yam Coke. Tom Yam Coke adalah minuman kola yang dicampur dengan rempah untuk memasak tomyam seperti serai, cili padi dan limau nipis. Kedengaran agak menakutkan, tetapi percayalah rasanya sungguh menyegarkan! Mesti cuba!

screen-shot-2017-10-26-at-6-45-49-pm

Tidak sah rasanya kalau ke restoran makanan Thailand tidak memesan ibu segala makanannya iaitu Tom Yam. Benar bagai dikata, Tom Yam yang disajikan di restoran ini sangat berbeza dengan Tom Yam yang anda makan di gerai-gerai Tom Yam. Rasanya begitu pekat dan lebih pedas berbanding biasa kerana terdapat cili kering dan sedikit santan di dalam kuahnya. Isi di dalamnya juga begitu segar. Biarpun pedas tetapi pasti berulang hirupannya!

screen-shot-2017-10-26-at-6-46-45-pmAntara sajian utama yang SURIA berkesempatan untuk merasa ialah Ikan Siakap Stim Bersama Cili Dan Limau Nipis. Rasa ikannya begitu segar dan manis sekali. Setiap rasa diadun dengan sempurna. Bertambah nikmat dimakan bersama nasi putih panas.

screen-shot-2017-10-26-at-6-47-50-pm

screen-shot-2017-10-26-at-6-48-28-pm

Restoran ini juga menyediakan Kari Hijau yang juga merupakan makanan popular Thailand. Puas rasanya dapat menikmati Kari Hijau Daging yang mempunyai rasa yang sama seperti di Bangkok. Wajib cuba!

screen-shot-2017-10-26-at-6-49-10-pm

Ada satu hidangan yang pasti membuatkan anda tak henti dari menjamah. Ia antara hidangan istimewa disini. Hidangan yang dimaksudkan ialah salad buah betik bersama udang kering. Buah betik yang diracik digoreng secara ‘deep fried’ memberikannya tekstur yang rangup apabila dimakan. Memang sedap salad betik ini dan sememangnya wajib untuk dicuba jika kesini.

screen-shot-2017-10-26-at-6-49-56-pm

SURIA turut diberi kesempatan untuk mencuba hidangan terbaru dari restoran ini. Daging bakar BBQ bersama sos istimewa pasti membuatkan anda ingin menambah sepinggan lagi. Daging dibakar dengan sempurna dicicah bersama sos ramuan istimewa memang meletup di dalam mulut!

screen-shot-2017-10-26-at-6-52-03-pm

Bagi yang gemarkan ayam, apa kata anda cuba Ayam Daun Selasih. Aroma daun selasihnya begitu memikat. Rasanya juga begitu sebati.

screen-shot-2017-10-26-at-6-53-29-pm

Antara hidangan lain yang disajikan kepada SURIA ialah Telur Dadar Bersama Tiram, Sotong Belacan , Sayur Asparagus dan Poo Ja iaitu isi ketam yang dicampur bersama beberapa ramuan lain dan digoreng bersama kulit ketam.

screen-shot-2017-10-26-at-6-54-20-pmscreen-shot-2017-10-26-at-6-54-54-pmscreen-shot-2017-10-26-at-6-54-41-pmscreen-shot-2017-10-26-at-6-55-14-pm

Tidak sah anda tidak mencuba pencuci mulut di sini. Pilihan SURIA pastinya Pulut Mangga dan Red Ruby. Red Ruby disini adalah antara terbaik yang pernah kami cuba. Memang lazat!

screen-shot-2017-10-26-at-6-59-01-pmscreen-shot-2017-10-26-at-6-59-28-pm

Untuk minuman pula, anda boleh pesan teh ais yang diimport khas dari Thailand. Atau anda boleh mencuba ais laici yang dikisar bersama daun pudina. Rasanya sungguh menyegarkan!

screen-shot-2017-10-26-at-7-00-56-pmscreen-shot-2017-10-26-at-7-01-08-pm

Ada pelbagai lagi menu yang disediakan disini yang pastinya sangat lazat dan berbaloi untuk dinikmati.

screen-shot-2017-10-26-at-7-47-29-pmscreen-shot-2017-10-26-at-7-19-13-pm

Ada tiga cawangan restoran Parathai kesemuanya yang boleh anda kunjungi. Dua lagi cawangan yang lain terletak di Mitsui Outlet Park Sepang dan MyTown Shopping Centre Kuala Lumpur.

Anda juga boleh kunjungi Facebook mereka di https://www.facebook.com/parathaimy/ dan juga Instagram ParaThaiMY

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!