88695

Revolusi Baru Serum Kecantikan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Dengan peredaran zaman, pelbagai produk kecantikan muncul di pasaran. Jika zaman dahulu herba, jamu dan pelbagai petua diturunkan oleh mereka yang lebih berpengalaman, kini teknologi telah berjaya menghasilkan ajnas cara untuk menggunakan ilmu turun-temurun tersebut.

Melalui kajian mendalam, banyak produk kecantikan kini tampil dalam bentuk pil dan lebih sering, serum. Banyak jenama serum yang ada di pasaran masa kini namun terdapat satu revolusi dalam penjagaan kulit yang menggunakan kajian teknologi dari Amerika Syarikat.

Membawa nama Essens Oryzalac, produk yang berasaskan Oryza Sativa 100% ini menggunakan tumbuhan beras organik sepenuhnya. Malah produk probiotik (yang bermaksud bakteria baik dan berguna) ini mampu memberikan hasil yang baik untuk kecantikan kulit secara umum.

Berkat kekayaan khasiat semulajadi, produk probiotik ini mempunyai nutrien, vitamin dan juga mineral. Ia dapat meningkatkan kadar penyerapan kulit yang lebih tinggi dan menghasilkan kulit yang lebih segar dan bersih.

Dengan kemampuan untuk masuk ke liang terdalam kulit, Oryza Sativa juga mampu memperbaharui sel kulit dan menyerlahkan tekstur kulit yang lebih berseri.

Serum ini juga unik kerana ia merupakan serum probiotik pertama di Malaysia dan belum ada yang lain sepertinya. Penciptaannya juga dirahsiakan dan tidak boleh ditiru oleh jenama lain.

Menggunakan kandungan yang dijamin selamat, seperti minyak vanilla, lavender, serta macam-macam lagi tumbuhan tradisional ia mampu memperbaiki rona kulit dan tekstur selain mengurangkan kedutan pada muka.

Ia turut membantu dalam penghasilan kolagen secara semula jadi dan mengurangkan kerosakan kolagen. Ini juga menolong dalam mencerahkan kulit selain menyamarkan kesan parut serta mengelakkan jerawat dan menyeimbangkan kandungan minyak kulit.

Essens Oryzalac tidak melakukan ujian ke atas haiwan dan tidak menggunakan produk dari haiwan atau bahan kimia toksik atau pewarna.

Jadi jika anda ingin mencuba sesuatu yang baru, serum ini mungkin solusi terbaru anda untuk jaminan kulit yang lebih cantik dan baik.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!