85372

Rizman Ruzaini Buka Tirai 2018 Dengan Koleksi Buat Pengantin - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-01-17-at-2-25-34-pm-2

Tahun 2018 membuka tirainya dan pasti ramai yang sudah mula membuat perancangan untuk hari besar masing-masing.

Dan tidak hairanlah jika ramai juga pereka fesyen serantau yang sudah mula memperkenalkan koleksi busana perkahwinan mereka.

whatsapp-image-2018-01-17-at-2-25-34-pm-3

Tidak ketinggalan dalam memperkenalkan himpunan terbaru mereka, duo fesyen nombor satu Malaysia Rizman Ruzaini tampil dengan koleksi busana pengantin mereka yang anggun lagi indah.

whatsapp-image-2018-01-17-at-2-25-34-pm-4

Koleksi kali ini dikatakan memenuhi citarasa semua golongan termasuk mereka yang mungkin menyukai potongan lebih moden selain rekaan umum yang lebih dekat dengan gaya pengantin tradisional.

whatsapp-image-2018-01-17-at-2-25-34-pm-5

Rizman Ruzaini telah berjaya mempertemukan keseimbangan di antara kedua-dua gaya tersebut dan melahirkan aneka gaya busana dari yang lebih kemas dan polos sehinggalah yang lebih sarat dengan perincian.

whatsapp-image-2018-01-17-at-2-25-34-pm

Seperti biasa mereka masih menonjolkan DNA Rizman Ruzaini dalam bahan yang digunakan seperti renda dan juga beberapa perincian lain.

Tahniah kami ucapkan kepada Rizman Ruzaini atas koleksi yang hebat ini!

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!