73268

Rizman Ruzaini X Fashion Valet - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pereka duo terkenal negara, Rizman Ruzaini sekali lagi berkolaborasi untuk tahun kedua bersama Fashion Valet dalam menghasilkan busana raya sedia dipakai.

screen-shot-2017-06-21-at-4-36-07-pmscreen-shot-2017-06-21-at-4-36-32-pm

Tahun ini Rizman Ruzaini mengangkat kisah cinta agung, Romeo dan Juliet sebagai inspirasi rekaan mereka sempena Lebaran 2017.

Penggunaan material renda menjadi nadi utama bagi menonjolkan elemen klasik yang dipadukan dalam rona-rona pastel yang membangkitkan suasana romantik.

screen-shot-2017-06-21-at-4-30-28-pmscreen-shot-2017-06-21-at-4-30-47-pm

Menggunakan elemen rona hitam dalam setiap rekaan juga adalah untuk menonjolkan sisi anggun rekaan itu sendiri.

screen-shot-2017-06-21-at-4-31-22-pmscreen-shot-2017-06-21-at-4-31-41-pmMenariknya tahun ini, Rizman Ruzaini turut mengeluarkan set baju lelaki Romeo buat sang jejaka yang menjadi pelengkap untuk koleksi wanita.

screen-shot-2017-06-21-at-4-33-00-pmscreen-shot-2017-06-21-at-4-43-07-pm

Baju melayu yang mempunyai signatur monogram logo Rizman Ruzaini di bahagian poketnya itu membuatkannya kelihatan begitu eksklusif. Butang serta sampin baju juga direka sendiri yang turut mengetengahkan elemen monogram.

screen-shot-2017-06-21-at-4-32-31-pm

Hadir dalam lima warna yang sengaja dipilih bagi memudahkan disuai padan dengan koleksi wanita supaya tidak lari dari tema.

screen-shot-2017-06-21-at-4-31-56-pm

Bagi yang ingin mendapatkan koleksi serba indah ini bolehlah lawati laman membeli belah Fashion Valet atau berkunjung ke butik fizikal mereka.

Untuk lebih banyak cerita gaya, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!