88790

Roaming Man Solusi Sambungan WiFi Anda Di Luar Negara - Suria FM - Segalanya Hiburan

Dewasa kini semakin ramai yang memilih untuk bercuti ke luar negara dengan adanya pelbagai penerbangan tambang rendah. Dan sejak kewujudan media sosial hampir semua yang melancong ke luar negara memerlukan sambungan wi-fi untuk melayari internet.

Ini termasuk juga sambungan wi-fi untuk tujuan berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan. Walau bagaimanapun harga bekalan data kebanyakan penyedia telekomunikasi di Malaysia agak mahal. Ini menyukarkan ramai orang untuk melanggan perkhidmatan syarikat telekomunikasi.

Oleh sebab itu, kini muncul satu solusi buat mereka yang ingin sentiasa terhubung dengan sambungan wi-fi di luar negara pada harga yang sangat berpatutan. Penyelesaian masalah sambungan wi-fi ini berupa wi-fi mudah alih yang boleh dibawa ke mana-mana dan sangat memudahkan para pengembara. Membawa nama Roaming Man, ia merupakan ‘pocket wi-fi’ atau wi-fi poket yang menggunakan teknologi  ‘Cloud SIM’ di mana ia bersambung secara automatik dengan jaringan tercepat yang ada di kawasan tersebut! Liputan Roaming Man juga meliputi  138 negara dan rantau menjadikannya satu solusi mampu milik dan menyenangkan. Dengan cara ini pengguna akan mempunyai sambungan internet selama 24 jam di serata dunia!

“Salah satu kelebihannya adalah ia siap digunakan dengan hanya disambungkan kepada peranti anda dan dinyalakan dengan serta-merta. Dengan liputan meluas, pengguna tidak perlu menukar kad SIM atau membuka telefon setiap kali ke luar negara. Ia juga dapat menambung sambungan untuk beberapa peranti. Jadi ini sangat sesuai bagi mereka yang melancong berkumpulan atau berkeluarga.” kata Runyin Wu, Ketua Asia Tenggara untuk Roaming Man Malaysia, syarikat sewaan WiFi 4G Malaysia – salah satu pemain terbaru dalam pasaran Malaysia.

WiFi poket Roaming Man juga menawarkan internet sebanyak 3GB sehari pada kelajuan 4G  – yang secara umum lebih tinggi daripada kad SIM tempatan atau perkhidmatan rayauan data lain – dengan kadar byaran tetap harian tanpa sebarang caj tersembunyi.

Perkhidmatan sewaan WiFi Roaming Man kini boleh didapati di seluruh Asia Tenggara khasnya di Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Untuk maklumat lanjut layari www.roamingman.my

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!