73277

ROMYDA – Seksi, Feminin Dan Chic! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bagi anda yang tercari-cari helaian terkini tetapi masih menitikberatkan ciri-ciri budaya asia, Romyda KL ada jawapannya.

Jenama yang dimiliki penyanyi popular Ning Baizura bersama teman baiknya Selina Yeop Jr telah setahun bertapak di persada fesyen tempatan.

screen-shot-2017-07-03-at-3-55-04-pm

Suria berkesempatan menjengah ke butik Romyda KL yang terletak di Medan Damansara. Butik yang berkonsepkan ‘showroom’ ini pasti menggamit mata sesiapa sahaja yang bertandang.

unnamed-7

Mana tidaknya, selain melihat helaian-helain indah Romyda, pelanggan juga akan terpegun melihat perabot serta susun atur perhiasan yang turut dijual disitu.

 

unnamed-13unnamed-8

Menurut Selina yang juga pengarah kreatif Romyda, konsep pakaian Romyda adalah berteraskan Asia bersama gabungan Perancis.

unnamed-2

“Pereka kami berasal dari Kemboja, malah material serta fabrik yang digunakan juga dibuat disana”, jelas wanita jelita ini.

unnamed-10unnamed-12

Melihat kepada setiap rekaan, anda pasti tampil menawan dan berbeza tatkala menyarungnya. Potongannya memberi ilusi seksi kepada si pemakai. Paduan warna yang dikenakan pada setiap rekaan juga kena dengan gaya dan konsepnya.

unnamed-3

Material yang digunakan juga melekap cantik pada tubuh. Ia boleh diibaratkan sebagai kulit kedua yang membaluti tubuh anda.

 

Paling menarik, setiap helaian yang ada di Romyda boleh dipakai ke pelbagai acara sama ada formal, koktail dan sebagainya.

Jika tahun lepas Romyda membuat kemunculan sulungnya di pentas Kuala Lumpur Fashion Week, tahun ini sekali lagi Romyda akan mempamerkan koleksi mereka di pentas berprestij itu.

screen-shot-2017-07-03-at-3-56-58-pm

Ekslusifnya kepada anda yang berkunjung ke butik Romyda, anda akan dilayan sendiri oleh Selina dan Ning.

 

Menurut Ning, pelanggan mereka sangat sukakan layanan istimewa yang diberikan kerana mereka tidak akan mendapat layanan sebegitu di tempat lain.

unnamed-9

Kepada anda yang ingin mendapatkan koleksi ini, bolehlah melawat Instagram Romyda_KL dan juga ke butik fizikal mereka di 9 Lorong Beluntas 2 Medan Damansara

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!