91454

Rossini’s di Sheraton Grande Sukhumvit, Bangkok Sajikan Daging Halal - Suria FM - Segalanya Hiburan

Mencari makanan halal sering menjadi isu penting buat ramai rakyat Malaysia yang beragama Islam setiap kali melancong ke luar negara. Ini jelas lebih ketara kala berkunjung ke negara-negara yang sering dilawati seperti negara-negara ASEAN seumpama Vietnam dan Thailand.

Bangkok yang merupakan salah satu destinasi pilihan ramai rakyat Malaysia juga mempunyai beberapa restoran Halal di sekitar ibukotanya. Namun tidak semua hotel menyajikan daging yang halal untuk tamu yang beragama Islam. Jadi pilihan hotel juga sangat penting.

Namun janganlah risau kerana sejak kebelakangan ini semakin banyak hotel di negara ‘Gajah Putih’ itu yang menggunakan daging halal dalam sajian mereka. Salah satu hotel yang dimaksudkan adalah Sheraton Grande Sukhumvit. Menurut pihak hotel, daging mereka dibeli daripada pembekal daging yang mempunyai pensijilan halal dari majlis agama Islam Thailand.

Lebih menarik lagi, daging halal bukan sahaja disajikan di restoran utama tetapi juga di restoran Itali mereka iaitu Rossini’s. Rossini’s merupakan restoran mewah yang menyajikan aneka makanan barat khasnya resipi Itali. Dan yang menjadi tarikan sudah tentulah daging ayam, lembu serta kambingnya yang halal, dan digunakan dalam setiap masakan.

Malah daging lembu Wagyu yang disajikan juga dijamin Halal dan ini pasti menjadi tarikan buat anda yang sukakan kelembutan dan kelazatan daging wagyu.

Tidak dilupakan juga adalah sajian ikan Salmon serta beberapa lagi mahakarya hebat olahan tukang masak mereka.

Tidak ketinggalan juga adalah hidangan nasi versi Itali iaitu Risotto yang dimasak dengan begitu unik berserta cendawan dan sos khas. Dan ini hanyalah beberapa sahaja contoh hidangan di Rossini’s yang menggunakan ramuan halal.

Terdapat lebih banyak lagi pilihan yang harus dicuba. Dengan senireka dalaman restorannya yang cantik dan menimbulkan nuansa romantis ala Itali, Rossini’s sememangnya pilihan yang tepat buat mereka yang inginkan sajian yang menggunakan daging halal di sebuah restoran mewah di dalam hotel yang didiami.

Jadi andai ke Bangkok, pastikan anda bermalam di Sheraton Grande Sukhumvit dan mencuba hidangan lazat mereka di Rossini’s!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!