73374

Royal Lancaster London : Hotel Impian di London - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

1-living-lounge-royal-lancaster-london-2

United Kingdom sudah lama terkenal sebagai sebuah destinasi pelancongan pilihan di Eropah buat mereka yang mencari percutian di tengah kota yang kaya dengan sejarah.

1-living-lounge-royal-lancaster-london

Apatah lagi buat rakyat Malaysia, ibukota UK iaitu London memang sentiasa menjadi pilihan percutian tiap kali ke benua tersebut.

Terkenal dengan bangunan-bangunan bersejarah serta banyak tempat-tempat menarik, London juga mempunyai banyak hotel-hotel moden berseni reka moden yang sesuai untuk didiami. Salah satu daripada hotel yang masih menjadi pilihan di London adalah hotel Royal Lancaster London.

Hotel ini merupakan hotel indah yang kaya dengan unsur seni halus modennya sendiri. Ia sudahpun berusia setengah abad dan kini, hotel ini tampil segar dengan gaya kontemporari moden, sejajar dengan hotel-hotel seangkatannya yang lain. Sejak dibina pada tahun 1967, ia telah lama menikmati lokasi yang hebat di bandaraya Inggeris tersebut.

2-park-suite-view-royal-lancaster-london

Ia terletak di kawasan yang sangat strategik kerana berada dekat dengan lokasi-lokasi menarik seperti taman popular Hyde Park, manakala stesen Underground atau keretapi bawah tanah  Lancaster Gate juga berada di sebelah hotel. Ia juga hanya beberapa minit sahaja perjalanan dari hotel ke jalan-jalan popular lain untuk membeli-belah seperti Marble Arch, Oxford Street serta Kensington dan macam-macam lagi.

Ini memudahkan para tamu untuk menjelajah seluruh kota London tanpa banyak masalah pengangkutan. Malah, ia juga disambungkan ke laluan keretapi bawah tanah ke stesen Paddington yang juga menyambungkan ke lapangan terbang antarabangsa Heathrow.

3-executive-bedroom-royal-lancaster-london-2

2-park-suite-royal-lancaster-london-2

2-park-suite-royal-lancaster-london-4

Dengan 411 bilik-bilik serta suite yang dihias dengan konsep moden kontemporari, hotel ini menepati keperluan kebanyakan tamu yang menginap di situ. Setiap bilik mempunyai sambungan internet wi-fi secara percuma , serta sebuah TV layar leper LCD.

2-park-suite-royal-lancaster-london-3

Seperti kebanyakan hotel, ia mempunyai beberapa tempat makan dan restoran. Di antaranya adalah restoran Thai Nipa Thai yang merupakan sebuah restoran makanan Siam eksklusif yang sangat popular. Malah setiap kali ahli keluarga diraja Thai berkunjung ke London mereka suka memesan sajian dari sini ataupun pun menyantap di restoran tersebut.

hyde-lobby-bar-at-royal-lancaster-london-1

Selain itu tersedia juga Island Grill, The Park Restaurant dan beberapa bar untuk sajian serta minuman barat yang hebat.  Kesemua restoran menawarkan makanan aneka pilihan dari yang berasaskan sayuran, makanan laut dan sehinggalah daging yang juga diberitahu dalam menu untuk kemudahan tamu yang hanya memakan sayuran (vegetarian) serta daging tertentu.

2-park-suite-royal-lancaster-london-1

1-reception-royal-lancaster-london

Hotel ini juga turut dilengkapi dengan sebuah gimnasium untuk tamu bersenam dan beriadah selain pelbagai bilik dan ruang mesyuarat untuk kegunaan penganjuran acara.

Dengan perkhidmatan lokasi yang sukar ditandingi (iaitu benar-benar di tengah kota berdekatan dengan semua tarikan utama London), perkhidmatan yang baik bertaraf antarabangsa, harga yang sangat berpatutan serta para pekerja hotel yang ramah, Royal Lancaster London memang layak untuk didiami sekiranya berkunjung ke London.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!