73236

Royale Bintang Seremban Kini Bergelar Royale Chulan Seremban - Suria FM - Segalanya Hiburan

rbs3

Berbekalkan lokasinya yang strategik di berdekatan Taman Tasik Seremban, hotel yang dulu dikenali dengan nama Royale Bintang Seremban kini diberi penjenamaan semula dan bergelar Royale Chulan Seremban. Ia merupakan sebuah hotel yang paling sesuai didiami sekiranya anda ingin meneroka ibukota Negeri Sembilan ini.

executive-room-5

Hotel gah empat bintang ini juga menawarkan pilihan bilik yang terbaik dengan pemandangan terhebat sekitar Seremban. Di luar jendela anda, pasti dapat melihat Masjid Negeri Seremban yng berada di seberang kawasan Taman Tasik. Selain itu ia juga berdekatan dengan salah sebuah sekolah tertua Seremban iaitu Sekolah King George Kelima.

asiatique-restaurant

Kesemua bilik dan suite hotel ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan terbaik bersesuaian dengan penjenamaan semulanya yang membawa banyak pembaharuan. Segalanya menjadi lebih menarik kerana Royale Chulan Seremban kini berwajah baru dari semua sudut. Malah tersedia juga, Suite Duplex berupa bilik yang mempunyai dua tingkat dan menawarkan ruang yang jauh lebih besar.

swimming-pool

Dengan 345 buah bilik yang dihias kemas, hotel ini mampu menampung jumlah tamu yang ramai. Kemudahan-kemudahan yang tersedia di bilik-bilik ini setaraf hotel-hotel hebat lain. Dilengkapi bilik-bilik yang telah dinaiktaraf, para tamu pasti akan lebih menyenangi suasana baru semasa bermalam di sini.

Hotel Royale Chulan Seremban juga terkenal dengan restoran-restoran hebatnya yang menyediakan di antara hidangan paling lazat di ibukota Negeri Sembilan. Antara restorannya termasuklah Asiatique , yang menyajikan makanan tempatan dan antarabangsa, Han Pi Yuen untuk masakan Cina yang enak, Sweet Seremban untuk hidangan ringan, Anjung Lounge, serta Coffee Dreamer.

Dengan pelbagai kemudahan hotel yang lain seperti kolam renang, dewan khas, gimnasium dan lain-lain lagi, nama serta kehebatan hotel ini benar-benar seperti sebuah legenda kontemporari yang tersemat di tengah ibukota Seremban.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!